Gosip/Kisah Artis Malaysia, Filem & Muzik, Info, Berita, Resepi, Tips Serta Cerita Viral Malaysia.

Gelaran Dewi Remaja 18/19 Haneesya Hanee Ditarik Semula, Mahkota Dipulangkan Semula


Lepas je viral video pesta arak yang membabitkan beberapa finalis dewi remaja baru-baru ini, ramai netizen serta rakyat Malaysia mempertikaikan kredibiliti juara pertandingan itu.

Antara yang jelas terlibat dalam video tersebut adalah Haneesya Hanee, Fazreen Fazeera Faizul dan Erni Nurshahira Khairul Nizam.



Sebelum ini pihak Dewi Remaja membuat keputusan yang mereka akan buat siasatan dan tindakan sewajarnya akan diambil.

Hari ini, melalui satu kenyataan di Instagram Majalah Remaja, keputusan telah dilakukan iaitu Gelaran Dewi Remaja 2018/2019 Haneesya Hanee Ditarik Semula!

Miss Viral memang terkejut dengan berita tersebut, tetapi ini sepatutnya dijadikan pengajaran kepada Haneesya dan rakan-rakan lain.

Permohonan maaf dari Hanee :


saya tak kisah hilang follower di Instagram sebab Hanee tahu yang perbuatan tersebut memang salah berlaku di usia muda - Haneesya Hanee

Menurut pihak pemilik dan penganjur Dewi Remaja, telah terang dinyatakan didalam syarat penyertaan yang mereka tidak boleh mempamerkan perlakuan tidak senonoh di khalayak ramai.


Selain penarikan gelaran Juara Dewi Remaja terhadap Hanee, tindakan juga diambil kepada Faizni Fazreen Fazeera Faizul dan Erni Nurshahira Khairul Nizam yang mana mereka tidak dibenarkan menggunakan gelaran 'finalis Dewi Remaja' bagi sebarang aktiviti seni mereka pada masa akan datang.

Ini memang merupakan kejadian kali pertama berlaku sepanjang sejarah Dewi Remaja.


Miss Viral mengucapkan selamat maju jaya kepada Hanee dan diharapkan dapat ambil perkara ini sebagai pengajaran.

Apa komen korang?

0 Komen: