Gosip/Kisah Artis Malaysia, Filem & Muzik, Info, Berita, Resepi, Tips Serta Cerita Viral Malaysia.

'I Love You So Much!' - Comel Dato Sri Siti Nurhaliza Gembira Dapat Hadiah Bag RM8K Lebih





Hello Hello Hello

Siapa lagi nak manjakan isteri kalau bukan suami kan. Miss Viral paling suka tengok kemesraan antara Dato K dan Dato Sri Siti Nurhaliza.

Dulu kita pernah dengar cerita tentang Dato K hadiahkan bag tangan LV berharga RM40 ribu untuk Dato Siti sempena hadiah birthday.

Terbaru pula, Dato K hadiahkan Dato' Siti Nurhaliza dengan bagpack dari jenama terkenal iaitu FENDI. Hadiah tersebut diberikan sempenan sambutan Tahun Baru.



Tapi paling comel tengok gelagat Dato Sri Siti Nurhaliza, muka sangat happy siap salam cium Dato K. Mesti Dato Siti terharu sangat dengan kejutan dan hadiah dari Dato K kali ni. Hehe


Nampak kan yang Dato Sri Siti memang seorang yang lembut dan sangat pandai menghormati suami. Patutlah Dato' K sayang sangat. Tapi sebenarnya, Dato' Sri Siti Nurhaliza dah bagi hadiah terbaik iaitu Aafiyah.

Ada satu part comel dalam video tu bila Dato' Sri Siti Nurhaliza nak masukkan Aafiyah dalam bag tu. Hehehehe

Miss Viral saja-saja nak check harga bag tersebut dekat website Fendi. Harga backpack tersebut adalah $1980. Kalau ditukar ke nilai duit Malaysia, lebih kurang RM 8197. Wahhh!








Pandai Dato K pilih bag untuk Dato Siti, memang cantik dan simple. Senang nak pakai bila nak dukung Aafiyah nanti. Hehehehe

Laki-laki dekat luar sana, kena contohi Dato K. Sentiasa hadiahkan atau buat kejutan untuk pasangan, tetapi ikut kemampuan masing-masing. Yang penting ikhlas. Hehehe

Apa komen korang?



0 Komen: