Neelofa Mohon Maaf, Tersilap Kongsi Gambar Tidak Bertudung Di Instagram Story






Hello Hello Hello,

Kesian Neelofa, mulanya hanya mahu hantar gambar peribadi beliau melalui IG story kepada "closed friends" tetapi tersilap kongsi dengan 1 Malaysia.

Dalam post tersebut, Neelofa berkongsikan gambar selesa baring sambil mengenakan mask di muka. Ini kali pertama Miss Viral tengok rambut Neelofa sejak dia mula bertudung pada tahun 2014.

Selepas 4 minit, Neelofa terus delete post tersebut dan mohon maaf kerana beri kejutan sebegitu.



Kecoh warga twitter sampai ada yang sangka Neelofa kembali tidak bertudung. Rata-rata memang terkejut dan simpati dengan kejadian tersebut.



Tahun lepas banyak kes selebriti tersilap post atau upload gambar tak sepatutnya. Antaranya Zul Ariffin apabila satu gambar kurang senonoh dimuatnaik di IG story miliknya. Rupa-rupanya akaun Zul Ariffin di hack dan gambar tersebut bukan gambar Zul Ariffin.

Nampaknya tahun ini, Neelofa jadi selebriti pertama tersilap muatnaik gambar peribadi di Sosial Media.



Tapi bagi Miss Viral, gambar tersebut Neelofa tetap nampak sopan memakai sweatshirt, cuma tidak memakai tudung.

Relaks okay Netizen Malaysia. Hehehe



Miss Viral harap tiada yang cuba sebarkan gambar Neelofa tidak bertudung tersebut.

Bukan dia sengaja, sebab cuma nak hantar pada "closed friends". Harap Neelofa lebih berhati-hati lepas ni.

Miss Viral kalau nak hantar gambar peribadi ni, better whatsapp je. Bahaya kalau hantar guna IG story ni. Hehe

Apa komen korang?




0 comments: