Gosip/Kisah Artis Malaysia, Filem & Muzik, Info, Berita, Resepi, Tips Serta Cerita Viral Malaysia.

Shila Amzah Mengandung? Peminat Teruja Nampak 'Baby Bump'





Hello Hello Hello,

Nampaknya tahun ini selain dari ramai selebriti yang bakal bersalin, ada juga yang terima berita kehadiran orang baru. Sebelum ini Anzalna ada kongsikan berita baik di Instagram beliau. Kini yang terbaru Shila Amzah yang kelihatan seperti mempunyai "baby bump".

Shila Amzah ada memuatnaik gambar di Instagram dan ramai peminat teruja melihat gambar tersebut kerana ternampak seperti ada "baby bump".


Ini antara komen yang ditinggalkan oleh peminat Shila Amzah di post Instagram beliau.


Take care mommy to be



its looks like a baby bump

Selain itu, video dari Instagram Story Shila juga jelas menunjukkan bentuk "baby bump" tersebut.





Korang perasan tak?

Lebih meyakinkan apabila Shila Amzah dan ibunya juga ada berkongsi gambar dan caption yang mereka baru selesai mengadakan Kenduri Kesyukuran untuk Haris & Shila.

Kenduri Kesyukuran Haris & Shila. Terima kasih Sahabat2 yang sudi hadir memeriahkan majlis. Syukur Alhamdulillah #jan2019





Sebelum ini Shila Amzah ada memuatnaik gambar dengan caption yang dia kurang sihat kebelakangan ini. Mungkin kerana pembawakan budak hehehe Kalau betul, memang satu berita yang baik dan ditunggu-tunggu oleh peminat.



Untuk pengetahuan semua, Shila Amzah dan Haris telah diijabkabulkan pada 19 April 2018 dengan sekali lafaz.

Belum ada sebarang kenyataan dari pihak Shila Amzah. Kalau betul spekulasi peminat dan Miss Viral ini, Miss Viral ucapkan tahniah kepada Shila Amzah dan Haris. Pastinya peminat memang akan terkejut dengan berita baik ini.

Apa komen korang?


0 Komen: