Shiro Juara Maharaja Lawak Mega 2018, Tahniah!





Tahniah buat kumpulan Shiro kerana telah menjadi Juara Maharaja Lawak Mega 2018!

Akhirnya kemenangan jadi milik mereka selepas beberapa kali mencuba nasib dalam program terbitan Astro ini sejak tahun 2011.



Shiro juga berjaya mengalahkan kumpulan Bocey yang sebelum ini menjadi juara dua kali berturut-turut iaitu pada tahun 2016 dan 2017.

Sedikit throwback keputusan Juara Maharaja Lawak Mega 2011-2018 :

2011 : Osbon (Mr Os dan Abon)
2012 : Jozan (Johan dan Zizan)
2013 : Sepahtu (Jep ,Shuib dan Rahim)
2014 : Zero (Atu, Syaiful dan Sharif)
2016 & 2017 : Bocey (Achey, Abam dan Fad)




Dengan kemenangan malam ini, Shiro berjaya membawa pulang wang tunai RM 500,000. Bocey berada di tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM 250,000 dan Zero pula di tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000.

Video saat Shiro diumumkan sebagai pemenang :

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on

Maharaja Lawak Mega berlangsung selama 13 minggu di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam dan dibarisi oleh 4 juri tetap iaitu Douglas Lim, Tya Arifin, Remy Ishak dan Scha Al-Yahya. Kesemua 4 juri ini mewakili sebanyak 70 peratus markah. Manakala lagi 30 peratus berdasarkan undian peminat menerusi aplikasi TikTok

Tahniah Miss Viral ucapkan kepada semua peserta terutama Ajak dan Shahrol Shiro!










0 comments: