Cantik Betul 'Isteri' Sufian Suhaimi Dalam MV Mencuba, Ada Iras Elfira Loy?




Kalau siapa dah tengok MV single terbaru Sufian Suhaimi Mencuba, mesti perasan wanita yang menjadi isteri Sufian Suhaimi.



Memang cantik orangnya. Miss Viral ingatkan orang dari luar negara tapi sebenarnya orang Malaysia kacukan French dan Indian.

Tadi pon Sufian Suhaimi ada muatnaik video Salomé Das dengan caption "My wife in the MV". Alah comel je hehehe

A post shared by Sufian Suhaimi 🇲🇾 (@sufiansuhaimi_) on


Kalau nak tahu, wanita tersebut adalah Salomé Das dan merupakan model yang membesar di Malaysia.




Gambar-gambar dalam instagram beliau memang banyak yang seksi tapi takpelah sebab dia bukan muslim pon.

Tapi ada juga makcik-makcik bawang yang komen-komen dekat Instagram beliau sejak muncul dalam MV Sufian Suhaimi tu.



Apa yang kelakar, ada juga netizen yang komen, muka Salome ada iras-iras Elfira Loy. Betul ke?


Rasanya kening je kot sama sebab masing-masing ada kening yang tebal dan cantik.


Bagi Miss Viral, muka memang tak sama.

Tapi itulah, rasanya tak perlu la dikaitkan dengan Elfira Loy lagi. Dia pon dah kahwin dan bahagia dengan hidup dia. Dan Miss Viral rasa Sufian Suhaimi pon dah move on.

Apa pendapat korang?



0 comments: