Trending Di Youtube, Sufian Suhaimi Lancar Video Muzik Lagu Baru - MENCUBA

Selain Yuna, Sufian Suhaimi juga telah memuatnaik video muzik lagu barunya iaitu Mencuba di Youtube. Lebih menarik, video tersebut kini menduduki carta video Trending Youtube.

Video lagu "Mencuba" dimuatnaik di channel youtube Aries Music pada 3 April lalu kini mendapat tontonan lebih 300 ribu.

Tadi pon Miss Viral pon ada tengok dan bagi pendapat Miss Viral, mungkin lagu ini adalah lagu "move on" dan ditujukan pada individu tersebut.

Tapi, mesej dari lagu ni, nampak macam watak wanita tu seorang complicated pulak. Macam Sufian dah cuba macam-macam untuk buat wanita tersebut gembira tetapi tak bejaya. Apa pendapat korang?

Lirik Lagu Mencuba Sufian Suhaimi

bercinta, mengapa setiap percubaan tiada
seperti peluang pertama, pada mulanya bahagia
bahagia, semua yang ku rasa tak pernah sempurna
mungkin masih belum masanya tetap ingin mencuba

mencuba, hampir mati aku mencuba
jadi yang kau pinta, tapi tak sempurna lagi
mungkin sudah tak bahagia mungkin sudah takdirnya kita
tak mampu bersama untuk selamanya

oh pergilah cintaku selama - lamanya
aku bahagia

mencuba, hampir mati aku mencuba
jadi yang kau pinta, tapi tak sempurna lagi
mungkin sudah tak bahagia mungkin sudah takdirnya kita
tak mampu bersama untuk selamanya

oh pergilah cintaku

Walaubagaimanapon ada netizen yang tak berapa senang dengan babak pegang-pegang dalam video tersebut.

Apa pon kita doakan lagu ini berjaya seperti lagu Di Matamu sebelum ini.

Tahniah Sufian Suhaimi!

0 comments: