Gosip/Kisah Artis Malaysia, Filem & Muzik, Info, Berita, Resepi, Tips Serta Cerita Viral Malaysia.

Showing posts with label Info. Show all posts


Hello Hello Hello, Belum reda lagi kesedihan akibat Tsunami, Indonesia sekali lagi ditimpa Tsunami pada sabtu malam lepas di Selat Sunda. ...

Hello Hello Hello,

Belum reda lagi kesedihan akibat Tsunami, Indonesia sekali lagi ditimpa Tsunami pada sabtu malam lepas di Selat Sunda.



Angka korban buat masa ini mencecah 373 orang (sumber CNBC Indonesia). Kejadian tsunami berlaku kerana ledakan gunung berapi, Gunung Anak Krakatau.



Seventeen, band popular di Indonesia kebetulan membuat persembahan di Pantai Tanjung Beach Resort, Banten. Isteri Vokalis Seventeen iaitu Dylan Sahara hilang ketika tsunami berlaku.




Melalui muat naik di Instagram Riefian semalam, Dylan Sahara disahkan meninggal. Selain isterinya, Seventeen juga hilang tiga anggota dalam bencana tersebut.


Ifan juga ada kongsikan yang kesemua anggota band tersebut sudah dikebumikan dan meminta maaf kerana tidak dapat hadir.

Tak dapat bayangkan apa perasaan yang dialami oleh Ifan. Dalam sekelip mata, hilang isteri dan rakan seperjuangan.

Saitis memaklumkan, tsunami tersebut mungkin berlaku kerana tanah runtuh di bawah laut.

Salam Takziah buat saudara Ifan dan seluruh keluarga anggota Seventeen. Juga buat warga Indonesia yg terlibat dgn musibah ini. Al-Fatihah 😔😔