'2 tahun Saya Mengalami Depresi' - Punca Tasha Shila Menghilang Dari Dunia Lakonan

"2 tahun Saya Mengalami Depresi" - Punca Tasha Shila Menghilang Dari Dunia Lakonan

Korang mesti kenal Tasha Shila kan? Pelakon cantik yang pernah menang Artis Baru Popular pada ABPBH 2011. Tasha Shila juga berjaya mencipta nama dalam filem Ratu The Movie. Namun, beliau juga antara selebriti yang sering dihimpit dengan pelbagai kontroversi.

Kemudian Tasha Shila mula senyap dari industri seni dan rupa-rupanya ada kisah disebalik dua tahun tempoh beliau menghilang.



Melalui satu post di Instagram beliau, Tasha Shilla menjelaskan yang beliau sebenarnya mengalami sakit kemurungan atau depresi. Sepanjang tempoh dua tahun, beliau mendapatkan rawatan pemulihan mental.

Tambah Tasha Shila, peminat mungkin melihat senyuman dan gelak tawanya tetapi mereka tidak tahu yang beliau sebenarnya menyembunyikan kesakitan dan tekanan yang mengawal hidupnya.

Malah, sepanjang tempoh tersebut, Tasha mengalami masalah tidur dan sukar untuk keluar rumah.

Tapi sekarang, keadaan Tasha semakin pulih kerana sokongan dari keluarga dan rakan-rakan rapat. Selain itu, Tasha juga berterima kasih kepada Coach Fahmi yang banyak membantu beliau untuk sembuh.

Tasha juga ada buat kenyataan dalam berita harian yang beliau ingin fokus dalam dunia lakonan dan tidak ingin lagi terpalit dengan kontroversi sebelum ini.

So, kita just dokan supaya Tasha semakin sihat dan berjaya dalam apa jua yang dia rancangkan.


Watch on YouTube here: "2 tahun Saya Mengalami Depresi" - Punca Tasha Shila Menghilang Dari Dunia Lakonan
 
Copyright © Miss Viral TV. Designed by OddThemes