Peti Suara Koyak - Zamani Sebenarnya Ingin Tarik Diri Dari GV5

Hello Hello Hello,

Rasanya ramai yang terkejut apabila melihat persembahan Zamani di Gegar Vaganza semalam. Zamani tidak dapat menyanyi dan kaku di atas pentas.

Nasib baik la Jihan, Nabil dan peminat di studio tersebut menyokong Zamani dan turut serta menyanyikan lagu “Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta”.

Zamani yang seharusnya tersingkir malam tu diselamatkan oleh penaja GV5, Dato Aliff Shukri yang menggunakan kuasa imuniti miliknya.

Tapi kenapa Zamani tidak dapat menyanyi malam tu?

Perkara sebenarnya telah di jelaskan oleh juri tetap, Datuk Ramli MS. Menurut beliau, Zamani telah pun menunjukkan masalah suara ketika latihan.


“Zamani memang sudah sakit dan peti suara dia betul-betul dah koyak sebelum malam sesi latihan lagi. Saya dah cuba turunkan not lagu tersebut namun dia masih tidak boleh menyanyi. Malam ni dia memang tak boleh langsung tapi dia tetap mahu meneruskan persembahan. Sebab itu bila dia cuba nak menyanyi, suara dah tak keluar sebab semakin teruk”

Isu ini semakin hangat apabila pengurus Zamani iaitu Johan Aziz memuatnaik status di Facebook menyatakan yang Zamani ingin menarik diri tetapi tidak diizinkan oleh pihak produksi Gegarvaganza.


Kalau nak tahu, Johan Aziz ni memamg dah lama jadi pengurus Zamani, 26 tahun dia jaga Zamani dan dia tahu apa yang terbaik untuk Zamani. Bila jadi macam ni, wajar lah dia paling terkesan.

Dia pon ada share video nyanyian Zamani untuk lagu “Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta” sebelum di majlis-majlis, memang tiada masalah dan berjaya bawa lagu tersebut. Masalah peti suara Zamani yang koyak menjadi punca Zamani tidak dapat menyanyi semalam.

Bagi Miss Viral, tanpa GV5 pon Zamani tetap Zamani, Legend di hati ramai Rakyat Malaysia. Kalau betul tidak boleh menyanyi dan ada masalah kesihatan, pihak produksi harus melepaskan Zamani. Harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

Apa pon kita doakan agar Zamani semakin pulih.






Watch on YouTube here: Peti Suara Koyak - Zamani Sebenarnya Ingin Tarik Diri Dari GV5


Apa pandangan korang tentang isu ini, patut tak Zamani tarik dir? Jangan lupa komen di bawah ye.

Kalau suka video ni, jangan lupa like dan share.

Subscribe channel Miss Viral TV untuk lebih banyak video.

Terima kasih kerana menonton. Bye!
 
Copyright © Miss Viral TV. Designed by OddThemes