Resepi Tauhu Begedil Paling Senang



Hello Hello Hello!

Miss Viral nak share resepi Tauhu Bergedil paling mudah. Thanks to Siti Misyati sebab sudi share resepi ni dekat Facebook sampai lebih 14 ribu share. Meletop sangat! 

Taugu Begedil ni memang feveret Miss Viral sangat sampai kerap jugak order online. Tapi bila tengok resepi senang ni, baik Miss Viral buat sendiri kan sebab caranya mudah saja. 

Korang boleh buat sendiri Tauhu Begedil dengan follow resepi dibawah. Selamat mencubaaaa!

Bahan-Bahan Diperlukan

Inti :

- 3 biji bawang holland
- Daging kisar (guna jenama Ramly)
- Daun sup yang dicincang
- Lada sulah & Lada hitam
- Garam dan perasa

Sambal Kicap :

- Cili
- Bawang merah
- Bawang putih
- Kicap
- Garam dan gula secukup rasa




Cara-Cara Memasak Tauhu Begedil

1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan inti sehingga daging masak. Sejukkan seketika

2. Rebus kentang sehingga empuk. Kemudian tambah sedikit garam dan lenyek isi kentang

3. Campurkan bahan yang ditumis tadi dengan kentang yang telah dilenyek



4. Bulat-bulatkan campuran daging dan kentang tadi supaya senang nak sumbat dalam tauhu



5. Sediakan bancuhan telur yang dicampur dengan garam. 

6. Celup tauhu di dalam bancuhan tersebut dan goreng di dalam kuali sehingga berwarna keperangan



7. Untuk resepi sambal kicap; goreng cili, bawang merah dan bawang putih sehingga layu




8. Kisar bahan sambal kicap yang ditumis tadi dengan gula dan garam secukup rasa.

SIAP!






Bye!
 
Copyright © Miss Viral TV. Designed by OddThemes