'Tempat Proses Sate Terlalu Kotor' - Kedai Sate Tulang Di Senawang Ditutup





Hello Hello Hello,

Beberapa hari ni kecoh tentang premis sate tulang di Senawang ditutup kerana tempat penyediaan sate terlalu kotor sehingga ada pengguna facebook memberi komen seperti "kandang babi".



Miss Viral antara mereka yang pernah makan sate tulang ni memang terkejut dengan gambar-gambar yang dikongsikan di Facebook. Memang sangat kotor.







Disebabkan gambar-gambar tersebut viral, pemeriksaan mengejut di buat ke atas sebuah rumah yang menjadi tempat penyediaan sate tulang tersebut.

Hasil siasatan mendapati premis telah melanggar Akta Makanan 1983 dan keseluruhan premis tersebut memang tidak bersih.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) mengarahkan premis tersebut di tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Nasib baik dah ditutup. Memang buat naya dekat orang je. Ini la kalau kerja tak ikhlas dan asyik pikir tentang untung semata-mata.

Korang pernah makan sini?








0 comments: