Pemilik Produk Menang Saman Blogger RM 3 Juta





Hello Hello Hello!

Seumur hidup Miss Viral mungkin takkan dapat duit RM 3 Juta tu. Nilainya bukan sedikit ye. Tapi hari ini kecoh di Facebook bila ada seorang pemilik produk menang tuntutan saman RM 3 Juta ke atas seorang blogger.

Rupanya kes saman ini telah berlaku hampir 2 tahun dan berpihak kepada pihak pemilik produk tersebut.

Kronologi kes bermula apabila blogger tersebut telah membuat siri-siri artikel selama lebih 3 bulan berkenaan kami, pelbagai tuduhan seperti produk timbang kilo, bahan terlarang, serta makan duit haram. 

Nurhayati Hashima berkongsi kenyataan tersebut di Facebook beliau hari ini. Tambah beliau, mereka cuba selesaikan kes tersebut secara baik dan ingin blogger tersebut minta maaf  tetapi blogger tersebut berkeras ingin meneruskan juga perbicaraan tersebut.


Kami pihak Tati Skincare telah menghantar Notis Tuntutan untuk pihak beliau meminta maaf. Pampasan wang ringgit tidak pernah menjadi keutamaan kami. Namun tiada jawapan, hinggalah ke hari perbicaraan, sekali lagi pihak kami buat tawaran selesai supaya kes diselesaikan sahaja di luar mahkamah dan ingin menarik tuntutan saman dengan rela hati. Tetapi pihak beliau berkeras ingin meneruskan juga dan enggan memohon maaf. 

Blogger tersebut pernah meminta derma untuk membayar kos guaman sepanjang perbicaraan kes tersebut sebelum ini. 


Buat blogger tersebut, Miss Viral harap bersabar dan semoga dipermudahkan segala-galanya. Mungkin ini sebagai pengajaran buat blogger-blogger lain dalam membuat satu-satu ulasan di blog atau sosial media. 

Miss Viral pon kena lebih berhati-hati lepas ni. 

Apa komen korang?





0 comments: