Resepi Viral - Sotong Sumbat Masak Merah



Hello Hello Hello!


Hari ni Miss Viral nak kongsikan satu resepi simple yang dikongsikan oleh Uya Masbah di Facebook iaitu resepi Sotong Sumbat Masak Merah. Sekarang memang tengah viral resepi sampai lebih 3000 share ye. 

Paling penting, resepi ni sangat mudah dan sedap. Boleh masak time lunch, simple sangat-sangat. Hehehe




Bahan-bahan yang diperlukan :

• 4 ekor sotong - pastikan kepala dicabut dan dibersihkan bahagian dalam. Saiz terpulang. Nak besar boleh, nak kecik makan banyak-banyak pon boleh 

• Bahan Kisar : 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 1/2 inci halia (boleh ubah kuantiti ikut banyak mana kuah korang nak masak)

• Campuran bahan : 4 biji telur, 1 biji lada besar merah (dihiris), 1 biji lada besar hijau (dihiris), 1 batang daun bawang, 1 biji tomato, 1/2 biji bawang besar (potong dadu), 1 ketul kiub ayam

• 5 sudu besar cili kering yang telah dikisar

• 3 sudu besar cili sos

• 2 sudu besar sos tiram

• garam gula secukup rasa


Cara memasak 

1. Kacau rata bahan-bahan campuran - 4 biji telur, 1 biji lada besar merah (dihiris), 1 biji lada besar hijau (dihiris), 1 batang daun bawang, 1 biji tomato, 1/2 biji bawang besar (potong dadu), 1 ketul kiub ayam
Boleh rujuk gambar di bawah :



2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dicampur rata tadi. Masak sampai jadi ala-ala scramble egg. Kemudian ketepikan dan biar sejuk.







3. Seterusnya panaskan minyak, masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan masak hingga naik bau. Boleh masukkan garam dan gula secukup rasa.


4. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau sebati.


5. Tunggu sampai masak/pecah minyak.


6. Sementara tunggu cili masak, boleh sumbat scramble egg tadi dalam sotong. Sumbat sampai padat.

Then cucuk dengan lidi atau pencungkil gigi supaya telur tadi tak keluar balik. 


7. Bila cili dah masak/pecah minyak, boleh masukkan sos cili dan sos tiram dan kacau sebati. Boleh rasa dan perasakan dengan garam atau gula sehingga kena dengan selera. Hehe


8. Akhir sekali boleh masukkan sotong dan biarkan sampai masak. Elok-elok kacau sambal ni takut terkeluar isi telur tadi. Hehe


Siap! dah boleh makan Sotong Sumbat Masak Merah ni! Selamat mencuba ye, senang kan resepi ni. Hehehe


Bahagian telur ni paling sedap. Hehehe



Selamat mencuba! Kalau suka artikel ni boleh share!
 
Copyright © Miss Viral TV. Designed by OddThemes