Mama Ayah Bagi Restu, Zahirah MacWilson Dan Aiman Hakim Bercinta?


Hello Hello Hello,

Fuh, tarik nafas hembus.

Okay, Miss Viral sangat-sangat excited dan seronok dengan berita gosip terbaru yang melibatkan Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim.

Dua-dua selebriti yang memamg Miss Viral minat. Zahirah seorang selebriti wanita yang sangat cantik dan Aiman pula antara selebriti lelaki Malaysia yang mempunyai wajah yang tampan. So, kalau betul diorang bercinta, memang sesuai sangat la.

Gosip kisah cinta mereka bermula apabila kedua-dua selebriti ini memuatnaik gambar bersama dengan caption yang sangat sweet di Instagram masing-masing.

Gambar yang dimuat naik pula adalah sama. amboi, memang plan ye.


Now until forever, InsyaAllah - #zahirAH

Numbers start with 123, Music start with Do-Re-Mi, Letters start with A and end with Z. The fact is there is only you and me - #zahirAH


awwwww, so sweet.

Aiman sebelum ini pernah bercinta dengan Fatiya Latiff.  Selepas putus dengan Fatiya Latiff pada  tahun 2015, Aiman tidak dikaitkan dengan mana-mana selebriti.

Zahirah pula sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan Zul ariffin. Zul ariffin membuat kenyataan pada bulan april 2018 yang mereka sebenarnya telah putus sebulan lebih.

Lagi meyakinkan gosip percintaan ini bila, mama Zahirah, Maslinda Yusoff memuatnaik gambar di instastory berserta caption merestui hubungan mereka.


Semuanya Allah yang aturkan, mama dan ayah doa semoga kekal hingga ke jannah



Salam semua, selamat petang. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagian anak saya, terharu sungguh saya dengan mesej-mesej yang saya terima

Miss Viral harap ini bukan gimik drama baru kerana melibatkan keluarga Zahirah sendiri. Hehehe

So, Tahniah buat pasangan ini dan kita doakan apa yang diharapkan oleh mereka menjadi kenyataan, now until forever.

Apa komen korang?
 
Copyright © Miss Viral TV. Designed by OddThemes