Shiro Juara Maharaja Lawak Mega 2018, Tahniah!

January 19, 2019

Gelaran Dewi Remaja 18/19 Haneesya Hanee Ditarik Semula, Mahkota Dipulangkan Semula

January 17, 2019


Bila Selebriti Malaysia Kongsi #10YearsChallenge, Paling Ketara Safiey Alias

January 16, 2019


Shila Amzah Mengandung? Peminat Teruja Nampak 'Baby Bump'

January 14, 2019

Neelofa Mohon Maaf, Tersilap Kongsi Gambar Tidak Bertudung Di Instagram Story

January 13, 2019


'Jarang La Laki Belanja-Belanja El Ni' - Elfira Loy Kongsi Detik Jatuh Cinta Dengan Suami

January 08, 2019


'I Love You So Much!' - Comel Dato Sri Siti Nurhaliza Gembira Dapat Hadiah Bag RM8K Lebih

January 02, 2019


Kekasih Sajat Terlibat Dalam Kemalangan

January 02, 2019

Tahniah Elfira Loy Dan Suami - Selamat Jadi Pasangan Suami Isteri

January 01, 2019

6 Pasangan Selebriti Hangat Bercinta 2018

January 01, 2019



Hello Hello Hello

Sekejap je dah masuk tahun 2019 dan banyak perkara berlaku sepanjang tahun 2018.

Ramai selebriti Malaysia yang berkahwin pada tahun 2018 dan ada juga yang baru menjalinkan hubungan cinta. So, artikel kali ini Miss Viral ingin senaraikan Pasangan Selebriti Hangat Bercinta pada tahun 2018.


Zara Zya Dan Hafreez Adam


Sekitar April 2018, pelakon Hafreez Adam mengakui yang beliau sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang pelakon wanita popular iaitu Zara Zya.

Menurut Zara Zya, mereka memang sudah lama kenal tapi mula rapat apabila berlakon bersama dalam drama Monalisa 80 episod.

Mereka tidak berselindung malah kerap memuatnaik gambar dan video bersama.


Zara Zya mengharapkan peminat mendoakan yang baik-baik untuk mereka dan terus menyokong kareer seni mereka.


Syafie Naswip Dan Aishah Azman


September lepas, pelakon berbakat Syafie Naswip membuat kenyataan yang beliau memang sedang menjalinkan hubungan cinta bersama Aishah Azman.

Apa yang menariknya, mereka telah bercinta hampir tiga tahun.



Mereka mula berkenalan dari Instagram pada tahun 2015 dan keserasian mereka menjadi punca hubungan cinta mereka terjalin.

Syafie menyukai personaliti Aishah yang tidak gemar berpura-pura dan menjadi dirinya sendiri.



Pasangan ini mula kerap memuat naik gambar dan video bersama. Malah sering keluar bersama keluarga masing-masing.

Malah mereka juga menyambut Tahun Baru 2019 bersama. So sweet!



Fasha Sandha Dan Aidil Aziz

Pada awalnya pasangan ini sering dilihat bersama tetapi menafikan ada hubungan cinta. Menurut Aidil Aziz



Pada June 2018, tersebar video Fasha dan Aidil kelihatan berpelukan mesra dan manja yang dipercayai dirakam oleh netizen di lapangan terbang.

Kemudian pada 19 Nov 2018 yang lepas, Fasha Sandha selamat menjadi tunangan Aidil Aziz selepas setahun menjalin hubungan cinta.



Menurut Fasha Sandha, dia tertarik untuk memilih Aidil kerana usaha dan inisiatif untuk mendekati anak-anaknya.



Majlis pertunangan mereka diadakan secara sederhana di kediaman rumah Fasha Sandha. Tahniah Fasha Sandha!


Ikhwan Khairudin dan Nur Risteena

Sekitar tahun 2014, memang ada gosip mereka bercinta kerana mesra berbalas twitter. Tetapi mereka menafikan ada hubungan cinta.



Dan pada November lepas, Risteena mengaku yang dia sebenarnya telah bercinta selama 6 tahun dengan Ikhwan Khairuddin. Dia merahsiakan perkara tersebut kerana ingin menjaga hati kedua-dua orang tuanya.

Menurut Risteena, selepas 6 tahun, ibunya mula membuka mulut ingin berjumpa dengan Ikhwan. Sejak itu Risteena mula berterus terang tentang hubungan mereka.


Risteena mula berkenalan dengan Ikhwan ketika berlakon bersama dalam drama Pilihan Rozana pada tahun 2012. Ikhwan kini sudah tidak berlakon kerana fokus dengan bidang perniagaan.


Mona Allen Dan Pekin Ibrahim

Ini memang berita yang mengejutkan. Belum ada gosip tentang diorang, tiba-tiba dah selamat berkahwin pada 7 Disember 2018. So kiranya diorang bercinta hangat diam-diam Hehehe



Mona Lisa kembali aktif di dunia lakonan dan telah membintangi drama Monalisa 80 episod sebelum ini.



Menurut rakan pelakon iaitu Amyza Aznan, pasangan ini sudah bercinta sebelum pengambaraan Monalisa lagi. Pandai diorang sorok hubungan cinta ini, tiba-tiba dah berkahwin.

Apa pon, tahniah buat pasangan ini!


Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson

Bagi Miss Viral, kisah percintaan Aiman dan Zahirah paling mengejutkan tahun 2018.



Pasangan ini mengaku bercinta dengan memuatnaik gambar sama dengan caption yang romantis. Ramai yang memuji pasangan ini sangat sesuai dan sepadan bersama.


Pasangan ini secara terbuka mengaku bercinta dan memuatnaik gambar bersama.




Ibu bapa Zahirah juga merestui hubungan mereka. Baguslah, restu ibu bapa tu penting! Hehehe



Ini antara senarai 6 selebriti yang hangat bercinta tahun 2018. Ada juga selebriti yang Miss Viral tidak senaraikan kerana mereka menafikan ada hubungan seperti Mira Filzah dan Zizan Razak, Ayda Jebat dan Redza Rosli, Uqasha Senrose dan Ben Amir. Malah ramai lagi.

Kalau ada pasangan selebriti yang tertinggal dalam senarai ini, korang boleh komen dibawah.

Kalau suka artikel ni, JANGAN LUPA SHARE!

Bye!




 
Copyright © Miss Viral TV. Designed by OddThemes