Tahniah Elfira Loy Dan Suami - Selamat Jadi Pasangan Suami Isteri




Tahniah Elfira Loy kerana akhirnya telah diijabkabul pada pagi 1 Januari 2019.



Macam-macam perkara berlaku pada Elfira Loy pada tahun 2018. Tapi semua itu dah lepas dan Elfira Loy juga memulakan hidup baru dengan title baru pada tahun 2019.

Tak sangka kan, macam baru semalam tengok drama lakonan Elfira Loy pegang watak budak sekolah, Qalesha. Kini dia dah jadi isteri orang.

Dari info Berita Harian, pasangan ini sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz. Elfira Loy dinikahkan oleh bapanya dan upacara pernikahan bermula 9 pagi tadi.

Elfira Loy menggayakan busana dari Rizman Ruzaini. Rizman Ruzaini juga ada berkongsikan solekan pada wajah Elfira Loy sambil memakai busana tersebut.


Pasangan ini bertunang pada September lalu dalam satu majlis tertutup. Tanpa menunggu lama, akhirnya mereka memilih 1 Januari untuk diijadkabul.

Lokasi pernikahan dirahsiakan tetapi Elfira Loy memilih konsep "wedding outdoor". Miss Viral paling suka tengok pelamin dia, serius cantik!



Kawan-kawan Elfira Loy juga ada upload beberapa gambar dan video sepanjang majlis akad nikah di Instagram





Dari info Astro Awani, selain majlis akad nikah ini, pasangan ini akan melansungkan 5 majlis resepsi sepanjang bulan Januari.

Tak sabar nak tunggu majlis resepsi Elfira Loy nanti! Hehehe

Tahniah sekali lagi buat pasangan ini!

0 comments:

Artikel Lain