7 Nama Gabungan Pasangan Selebriti Popular Malaysia




Hubungan cinta antara selebriti Malaysia sudah menjadi satu perkara yang biasa sejak dulu lagi. Malah ada peminat yang menggabungkan nama pasangan ini menjadi lebih unik dan sweet.








FattZura : Fattah Amin & Fazura


Fenomena “FattZura” mula wujud apabila drama lakonan mereka Hero Seorang Cinderella mendapat sambutan yang hebat.

Malah, mereka juga dianggap ada hubungan istimewa kerana sentiasa muncul di majlis acara bersama-sama.

Pasangan ini akhirnya diijabkabul pada 27 November 2017 di sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat dan kawan rapat.




SchAwal : Scha Alyahya & Awal Ashaari


Pasangan ini berkahwin pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya.

Mereka antara pasangan selebriti paling popular di Malaysia dengan gabungan nama #Schawal

Awal Ashaari menggunakan hashtag #Schawal setiap kali memuatnaik gambar bersama Scha di Instagram beliau.




AmyrAmar : Amyra Rosli & Amar Baharin


Pasangan ini mula kenal apabila sama-sama membintangi drama Suamiku Encik Sotong.

Mereka berkahwin pada 11 November 2016 dan kini mempunyai seorang anak lelaki bernama Aqeef Anaqi.

Pasangan ini juga aktif di Youtube dengan menggunakan nama Amyramar Tube dan mempunyai hampir 30 ribu sucscriber.





MawaRaf : Mawar Rashid & Raden Ahmad Faizal Yaakob


Mawar dan Raf berkahwin pada 9 November 2017 di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur.

Pasangan ini juga mempunyai Youtube Channel yang diberi nama Mawaraf Channel.





HafreeZara : Hafreez Adam & Zara Zya


Pasangan ini mula rapat apabila sama-sama membintangi drama adaptasi korea 80 episod Mona Lisa.

Mereka bersikap terbuka dan sering memuatnaik gambar bersama di Instagram

Peminat gembira dengan pengakuan hubungan cinta mereka dan mencipta nama gabungan #HafreeZara




JepSari : Jep Sepahtu & Sari Yanti


Pasangan ini mula rapat ketika sama-sama menjalani pengambaraan sitkom komedi JKK musim kedua di Jepun.

Mereka telah selamat disatukan di sebuah majlis pernihkahan tertutup pada 25 Februari 2017.

Rata-rata peminat memang suka dengan pasangan ini sehingga terciptalah gabungan nama #JepSari.






ZahirAh : Zahirah & Aiman


Pasangan ini mula memuatnaik gambar bersama-sama dan mengesahkan hubungan cinta mereka pada 3 Disember 2018.

Mereka bersikap terbuka dan sering memuat naik gambar bersama dengan hashtag gabungan nama mereka iaitu #ZahirAH


Sweet kan masing-masing? Ini antara pasangan selebriti popular yang mempunyai nama gabungan. Kalau ada yang tak tersenarai, boleh komen di bawah. 

Apa pon, kita doakan semoga hubungan mereka kekal berpanjangan :)






0 comments: