Tayang 'Baby Bump', Juliana Evans Hamil 6 Bulan




Terkejut dan gembira Miss Viral bila dapat tahu Juliana Evans sedang mengandung 6 bulan. Ini merupakan cahaya mata pertama Juliana Evans yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Beliau berkongsikan berita baik ini melalui akaun instagram dengan memuatnaik beberapa gambar 'baby bump'. Memang comel betul.


❝ So happy to announce that I am actually 3 months away from motherhood! ❤️ Hubby and I are so excited to be parents and been eager to share this good news with all of you! Thanks for all the wishes 😘 #alhamdulillah ❞

Walaupon usia kandungan dah cecah 6 bulan, Juliana Evans tetap nampak langsing. Mungkin itu yang membuatkan rakan selebriti dan peminat terkejut dengan berita ini.



❝ Hello ‘bump’ 👋 this pic was taken when I was #5months Now I’m 6! ❞



Melalui temubual bersama FemaleMag, Juliana Evans mengetahui yang beliau mengandung pada tiga bulan lepas kerana mengalami pening kepala dan 'morning sickness' yang berterusan.

Untuk pengetahuan semua, Juliana Evans berkahwin dengan Tengku Sharifuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada April 2017 selepas 2 tahun menjalinkan hubungan cinta.



Tahniah buat Juliana Evans! Semoga sentiasa sihat dan dipermudahkan ketika melahirkan nanti. 





1 comment:

  1. Ini confirm comel betul, tengok mak ayah la, memasing ada mix

    ReplyDelete