Akhirnya video muzik lagu Aduh nyanyian Zamani telah dimuatnaik di Youtube Faithful Music pada hari Khamis lepas. Dan video tersebut kini mendapat lebih 100 ribu tontonan.
Lagu Aduh ini adalah hasil ciptaan Zamani bersama Faizal Tahir, Adib Hussin, Mike Chan, Romeo dan Karim Karam. Lagu ini berkonsepkan pop kontemporari.
Kalau dengar cara penghayatan Zamani pada setiap lirik lagu ni memang terbaik. Jadi, kena sediakan tisu kalau tengok video muzik dibawah. Hehehe
Memang mendalam dan jelas mesej yang ingin disampaikan dari video muzik. Lagu ini mengisahkan tentang keluhan hati akibat cinta tidak kesampaian.
Lokasi muzik video juga jelas di sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Kalau nak tahu, pelakon lelaki dalam video tersebut adalah Youtuber dan pemilik Youtube Channel Meelasia. Meelasia adalah channel youtube yang memaparkan tentang video 'travel' sekitar Malaysia.
Manakala pelakon wanita tersebut adalah Azeera iaitu Finalis Dewi Remaja 18/19. Memang cantik betul orangnya. (Instagram : @zeera.azizi)
Apa pon, video muzik Aduh ini memang terbaik dan tak mustahil akan capai jumlah tontonan melebihi 1 juta dalam masa yang singkat.
Tahniah Zamani, Faizal Tahir dan 'team' yang menjayakan Muzik Video lagu Aduh ini!