Pastinya ini satu yang amat menggembirakan buat peminat drama Korea di seluruh dunia. Pelakon terkenal Lee Min Ho telah tamat menjalani latihan ketenteraan pada hari Khamis (25 April 2019).
Beliau yang popular dengan drama Boys Over Flower dan The Heir telah menjalani latihan ketenteraan bermula 12 May 2017.
Ramai peminat yang gembira dengan berita ini mula berkumpul di perkarangan rumahnya dengan sepanduk "Welcome Home Lee Min Ho".
Welcome back dear ❤❤❤❤ And keep working in the entertainment world ❤πππ We Love You Dear ❤❤❤❤❤ @ActorLeeMinHo #WelcomeBackLeeMinHo #leeminho_μ΄λ―ΌνΈ #LeeMinHo #LeeMinHoo #Minoz pic.twitter.com/Kc1gPrfDab— Diah Fitriaty (@Diah12Diah) April 25, 2019
Menurut MYM Entertainment, Lee Min Ho sekarang sedang meneliti beberapa projek lakonan.
Drama The Legend Of The Blue Sea adalah drama terakhir lakonannya sebelum menjalani latihan tentera. Pastinya peminat merindui dan tidak sabar menantikan drama terbaru dari pelakon kacak ini.
Agaknya apa drama pertama yang akan dipilih oleh Lee Min Ho?