Sebak Tengok Video, Nabila Huda Keguguran (Takziah)



Sekarang ni memang ramai selebriti Malaysia yang sedang hamil antaranya Samtilla, Shila Amzah, Anzalna dan Juliana Evans. Masing-masing memang tidak sabar menyambut kelahiran orang baru dalam keluarga.



Namun, berita sedih menimpa Nabila Huda apabila beliau mengalami pendarahan dan akhirnya gugur kandungan. Berita ini dikongsikan sendiri oleh Nabila melalui satu video yang dimuatnaiknya di Instagram.

Video yang dikongsinya adalah video 'throwback' saat beliau memberitahu Keisha tentang beliau sedang hamil. Memang sebak bila tengok macam mana gembiranya Keisha apabila mengetahui Nabila Huda telah hamil ketika itu.


Tadi scroll up and down album kat Phone nampak video ni.. Terus I Nak share la precious moment yang I rahsia kan dengan korang. Masa abil tau positive , abil excited sangat Nak share berita ni kat korang ! Tapi macam Nak surprise lambat sikit. Ini lah Moment yang paling sweet , happy sedih semua adalah.. All in one! I’ve been waiting for this almost 4 years.. But too bad, Saya bleeding teruk until today and dah Pergi amik blood test again, dapat result and it’s not there anymore.. Takde rezeki lagi la ni. Allah Nak bagi chance Saya honeymoon lagi agaknya! Yes,Ofcourse Saya sedih. Terlalu sedih. Tapi kan, Kenapa Nak kena bersedih Dan menangis sedangkan orang Yang sentiasa membahagiakan kite , ada depan mata. Mereka Masih ada. Lebih baik hargai waktu Yang ada ni sepuas-puasnya ! At least dapat jugak kami berdua rasa moment “mom and dad to be” kejap..Jadi la eh.. hihi ! So now..games onz tak sisz @kidweebee ? 😝
A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on



❝ Ini lah moment yang paling sweet , happy sedih semua adalah. All in one! I’ve been waiting for this almost 4 years.. But too bad, Saya bleeding teruk until today and dah Pergi amik blood test again, dapat result and it’s not there anymore.. Takde rezeki lagi la ni. Allah Nak bagi chance Saya honeymoon lagi agaknya! ❞

Menurut Nabila Huda, beliau mengalami pendarahan dan terus membuat ujian darah. Hasil dari ujian darah tersebut didapati beliau keguguran.




Walaupon bersedih, Nabila Huda menganggap semua itu hanya satu ujian dan tetap positif dengan apa yang berlaku.


❝ Of course saya sedih. Terlalu sedih. Tapi kan, kenapa nak kena bersedih dan menangis sedangkan orang yang sentiasa membahagiakan kita , ada depan mata. Mereka masih ada. Lebih baik hargai waktu yang ada ni sepuas-puasnya ❞

Ramai teman selebriti yang mengucapkan takziah dan memberikan kata-kata semangat buat Nabila Huda dengan meninggalkan komen pada post tersebut.








Untuk pengetahuan semua, Nabila Huda sudah berkahwin selama 4 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan iaitu Keisha hasil dari perkahwinan terdahulu. 



Miss Viral harap Nabila Huda sabar dan kembali sihat seperti biasa. 

Apa pendapat korang?


 
Copyright © Miss Viral TV. Designed by OddThemes