Anugerah Meletop Era musim ke 6 untuk tahun ini bertemakan "Yang Legit Yang Legend" dan seperti biasa dihoskan oleh 3 pengacara iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Neelofa.
Anugerah Meletop bersiaran secara langsung menerusi saluran Astro Ria, Ria HD, Prima dan Maya HD. Kali ni Meletop memang tak buat tayangan secara LIVE di Youtube. Tapi mungkin akan ada tayangan ulangan selepas ini.
Terdapat 16 kategori dipertandingkan dan pemilihan pemenang berdasarkan undian peminat seratus-peratus. Untuk pengetahuan semua Neelofa dan Nabil menarik diri dari anugerah tersebut.
Berikut adalah senarai pemenang-pemenang AME2019 :
Artis Baharu Meletop AME2019 : Eyra Hazali
Couple Meletop AME2019 : Fattah Amin dan Fazura
Si Cilik Meletop AME2019 : Yusoff Al Qardawi
Program Meletop AME2019 : Sepahtu Reunion Live Al-Puasa
Artis Lawak Meletop AME2019 : Jep Sepahtu
Hos Meletop AME2019 : Siti Nordiana
Program Radio Meletop AME2019 : Johara Pagi Era
Penyampai Radio Meletop AME2019 : Johan
Drama Meletop AME2019 : Lelaki Kiriman Tuhan
Pelakon TV Meletop AME2019 : Syafiq Kyle
Penyanyi Meletop AME2019 : Khai Bahar
Lagu Meletop AME2019 : Jatuh Bangun
Filem Meletop AME2019 : Munafik 2
Bintang Filem Meletop AME2019 : Syafiq Kyle
Top Top Meletop Lelaki AME2019 : Khai Bahar
Top Top Meletop Wanita AME2019 : Siti Nordiana
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Sebenarnya Miss Viral ingatkan Syafiq Kyle yang akan menang anugerah Top Top Meletop disebabkan dia menan 2 anugerah malam ini.
Tapi nak buat macam mana, keputusan di tangan peminat. Peminat Khai Bahar lebih ramai mengundi dan beri sokongan pada Khai Bahar.
Tahniah buat Khai Bahar dan Siti Nordiana!
Apa pandangan korang? Setuju tak dengan senarai pemenang ni?