'Janda Takpe Bella, Janda Bermaruah' - Bella Astillah Tekad Ingin Teruskan Hidup Tanpa Aliff Aziz



Sekali lagi kecoh di sosial media apabila gambar Aliff Aziz yang tidak berbaju bersama seorang gadis yang dikenali sebagai Nismell tersebar di social media.


Bella Astillah juga difahamkan telah mengetahui kontroversi tersebut apabila ada video rakaman suara Bella yang mengucapkan terima kasih atas berita yang disampaikan tersebut.

Nismell akhirnya mengaku yang lelaki tersebut memang Aliff Aziz tetapi membuat kenyataan yang gambar tersebut ditangkap ketika "private party" abang angkatnya.

Penyebaran gambar tersebut dikatakan dibuat oleh kawan Nismell sendiri berpunca dari masalah hutang antara mereka.

Netizen mula membanjiri komen di laman Instagram milik Bella Astillah untuk memberikan kata semangat dan meminta Bella meninggalkan Aliff Aziz.

Akhirnya hari ini Bella membuat kenyataan melalui satu 'post' di laman Instagram miliknya yang beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Aliff Aziz.

Bella juga meminta orang ramai supaya berhenti menghubunginya jika ingin tahu tentang kontroversi suaminya itu.

Diharap orang ramai dapat menghormati keputusan dan berilah dia ruang untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapinya.


Apa komen korang?



0 comments:

Artikel Lain