'We Love You No Matter What' - Reaksi Diana Danielle, Farid Kamil Dipenjara Selama 9 Bulan



Berita sedih buat pelakon dan penyanyi cantik, Diana Danielle apabila suaminya Farid Kamil dijatuhi hukuman penjara selama 9 bulan bermula hari ini.



Pastinya ini satu tamparan yang hebat buat keluarga Diana lagi-lagi ianya berlaku di bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang.

Pada 11 Januari 2018, Farid Kamil ditangkap polis kerana menampar seorang anggota polis dan ujian yang dilakukan mendapati beliau berada di bawah pengaruh dadah.

Farid Kamil kemudiannya didakwa pada 25 Januari 2018 kerana mengambil dadah dan perbicaraan berlangsung sehinggalah hakim menjatuhkan hukumannya hari ini.

Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman 9 bulan dan diperintah di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama 2 tahun kerana didapati bersalah menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocanibol (THC).

Farid Kamil juga terpaksa menjalani hukuman penjara bermula hari ini di Penjara Kajang selepas permohonan penangguhan perlaksanaan hukuman ditolak oleh pihak Mahkamah.

Netizen juga mula membanjiri ruangan komen di laman Instagram milik Diana Danielle dan Farid Kamil hari ini.

Menerusi laporan sebuah akhbar tempatan,  Fadzil Zahari abang kepada Farid Kamil meminta orang ramai memberika mereka ruang sementara berusaha untuk membuat rayuan.

Diana Danielle ada memuat naik gambar beliau bersama Farid Kamil dan anak-anak dengan caption yang walau apa pon terjadi, dia dan anak-anak tetap menyayangi suaminya itu.

Miss Viral harap keluarga Farid dan Diana bertabah atas berita ini dan semoga kes ini menjadi iktibar buat mereka di luar sana tentang jenayah penyalahgunaan dadah ini.


Apa komen korang?

0 comments: