Gelagat Yusuf Iskandar Bermain Beyblade, Siap Guna Kuali Hanis Zalikha






Nampaknya makin ramai anak selebriti Malaysia yang terjebak dengan permainan gasing moden atau 'beyblade'

Fenomena permainan 'beyblade' mula popular di kalangan kanak-kanak di Malaysia, siap ada pertandingan lagi yang dianjurkan untuk permainan ini..

Kalau sebelum ni, anak Nad Zainal yang suka bermain beyblade dan kali ini Yusuf Iskandar pulak yang asyik bermain permainan ini.

Malah video comel Yusuf Iskandar yang sabar menunggu giliran bermain beyblade juga viral baru-baru sehingga mendapat lebih 1 juta tontonan di laman instagramnya.


Paling terbaru apabila Yusuf mula bermain dengan permainan tersebut pada pukul 6 pagi selepas sahur. Comel betul!



Ada juga netizen yang mencadangkan Yusuf Iskandar untuk bermain 'beyblade' di dalam kuali disebabkan sebelum ini viral ada kanak-kanak bermain menggunakan kuali sebagai ganti 'stadium'.

Miss Viral tak pernah main permainan ni, tapi nampak macam seronok kan?

Apa komen korang?






0 comments:

Artikel Lain