Neelofa Didakwa Berlagak Diva, Penaja Belon Kecil Hati




Nampaknya ada cerita kurang senang menimpa Neelofa apabila ada penaja yang kecil hati dan kesal dengan sikap Neelofa yang tidak menghormati hasil kerja mereka.

Glowing Party House adalah syarikat yang dilantik untuk menaja dekorasi belon di studio rancangan Meletop bersempena sambutan 1 Million Subscriber Youtube Meletop.

Pemilik syarikat tersebut memuatnaik status dengan menceritakan kejadian yang berlaku yang menyebabkan beliau tidak berpuas hati dengan layanan Neelofa yang dianggapnya sebagai berlagak Diva.





Pada asalnya dekorasi belon tersebut akan ada sehingga keakhir progam Meletop tetapi Neelofa meminta hanya dibuat pada 1 segmen awal sahaja atau dialihkan ke tengah kerana beliau tidak mahu dekorasi tersebut berada di bahagian belakangnya.

Perkara tersebut mengundang rasa tidak puas hati penaja kerana ketika pemintaan Neelofa tersebut, pihak penaja sedang setup dan masih dalam sesi mengemas.

Boleh tengok video dibawah untuk cerita penuh :


Setakat ini tiada kenyataan yang dikeluarkan dari pihak Meletop dan Neelofa atas isu ini.

Miss Viral tak menyebelahi mana-mana pihak tetapi berharap semoga perkara ini dapat diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak.












0 comments:

Artikel Lain