10 Fakta Menarik Tentang Ben Amir (Pelakon Drama Sweet Dreams)




Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan pelakon jelita Uqasha Senrose ini menjadi perhatian apabila imej beliau berambut panjang mendapat pelbagai reaksi dari netizen. 

Rata-rata memuji penampilan terbaru Ben Amir dan menganggap gaya rambut tersebut memang sesuai dengannya. 


Untuk pengetahuan semua, Ben Amir digadingkan bersama Mira Filzah untuk drama terbaru Sweet Dreams yang ditayangkan pada 5 Ogos 2019 di saluran Astro Ria arahan Michael Ang.



1. Nama Sebenar

Muhammad Amir bin Sabaruddin atau lebih dikenali dengan nama Ben Amir dilahirkan di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1990 dan kini berusia 29 tahun. 





2. Pekerjaan Sebelum Jadi Pelakon

Melalui satu temubual bersama Cosmopolitan, Ben Amir memberitahu yang dia menjalankan bisnes sewa kereta atau "rental business" selama hampir 2 tahun sebelum memulakan karier sebagai pelakon. 


3. Finalis Hero Remaja 2012

Ben Amir merupakan finalis Hero Remaja 2012 disamping pelakon popular lain iaitu Fattah Amin, Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Hafreez Adam, Fendy Bakry, dan Saharul Ridzwan. 


4. Permulaan Karier Lakonan

Ben Amir memulakan karier lakonannya dengan menjadi watak tambahan dalam drama Fira Ayuni yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2013. 

Pada tahun yang sama, beliau juga muncul sebagai watak tambahan iaitu Sam (kawan King) dalam drama Playboy Itu Suami Aku gadingan Fattah Amin dan Nur Risteena  


Bermula sebagai pelakon watak tambahan, bakat lakonan Ben Amir akhirnya menjadi perhatian dan dia kini mula ditawarkan untuk memegang watak utama dalam drama.



5. Suri Hati Mr Pilot

Menurut Ben, drama yang menaikkan nama beliau sebagai pelakon dalam industri hiburan Malaysia sehingga dikenali adalah drama Suri Hati Mr Pilot arahan Michael Ang dimana Ben memegang watak Dr. Muslim. 

Drama suri hati mr pilot lakonan pelakon utama fattah amin dan neelofa merupakan antara drama yang mempunyai rating yang tingi dalam sejarah drama malaysia.

Kalau nak tahu 5 lagi fakta tentang Ben Amir, boleh tonton video penuh di bawah. Jangan lupa subscribe Youtube Channel Miss Viral TV untuk lebih banyak video menarik akan datang! :






Ini antara  10 fakta menarik mengenai pelakon Ben Amir yang namanya semakin meningkat naik. 

Bagi Miss Viral, Ben Amir memang boleh pergi jauh dalam karier seninya kerana memang seorang pelakon yang berbakat dan tahu apa hala tuju yang ingin dicapainya. 


Apa pon, Miss Viral ucapkan selamat maju jaya buat Ben Amir. 


Apa komen korang?












0 comments:

Artikel Lain