11 Artis Malaysia Paling Banyak Pencalonan Dalam ABPBH ke - 32 (Top 5)


Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) adalah acara anugerah tahunan yang dinanti-nantikan terutama kepada penggiat seni dan peminat-peminat dunia hiburan Malaysia.

Miss Viral ingat lagi dulu, proses undian hanya melalui borang di surat khabar. Memang ramai la peminat yang sanggup isi dan hantar banyak borang semata-mata nak tengok artis pilihan mereka menang anugerah.

Tapi sejak tahun 2017, proses undian lebih mudah dan jimat iaitu peminat boleh mengundi secara online di website ABPBH.

Pada 16 Ogos 2019 lepas, bertempAT DI Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur. telah diadakan Majlis Pengumuman Top 5 ANUGERAH bintang popular berita harian ke 32

Video kali ini Miss Viral akan senaraikan 11 Artis Malaysia yang mempunyai jumlah pencalonan paling banyak untuk ABPBH yang ke 32 kali ini.

Sebelum tu, jangan lupa subscribe Youtube Channel Miss Viral TV untuk lebih banyak video menarik akan datang.



11. Sufian Suhaimi
- Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Di Matamu ini berjaya tercalon dalam 2 kategori iaitu kategori Penyanyi Lelaki Popular dan kategori Lagu Paling Boom untuk lagu Di Matamu.

10. Alif Satar



- Alif Satar pernah menang Artis Versatil Popular pada ABPBH 2016. Untuk ABPBH yang ke-32, Alif Satar berjaya tercalon untuk 3 kategori iaitu Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular dan Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular.

Miss Viral rasa Alif Satar ada harapan untuk menang anugerah Artis Versatil Popular dan Pengacara TV Popular untuk tahun ini. Sama-sama kita undi sampai dia menang okay hehe


9. Khai Bahar
- Kalau nak tahu, Khai Bahar sebenarnya pernah menang untuk kategori Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018 .

Untuk tahun ini Khai Bahar berjaya tercalon untuk 3 kategori iaitu Penyanyi Lelaki Popular, Artis Kolaborasi/Dua/Berkumpulan Popular dan Lagu Paling Boom.


8. Haqiem Rusli
Haqiem Rusli juga berjaya tercalon sebagai Top 5 untuk 3 kategori iaitu Penyanyi Lelaki Popular, Artis Sensasi Popular dan Lagu Paling Boom (Selamat Tinggal Sayang)

7. Janna Nick



Artis serba boleh, Janna Nick berjaya tercalon untuk 3 kategori iaitu Pelakon TV Wanita Popular, Artis Versatil Popular dan Pengacara Popular.

Miss Viral jangkakan kalau Alif Satar tak menang, mungkin Janna Nick akan menang anugerah Artis Versatil Popular. Mana tau kan.

6. Fattah Amin
Pelakon kacak, Fattah Amin turut berjaya tercalon dalam 3 kategori iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon TV Lelaki Popular dan Gadingan Serasi Filem Popular bersama Syamsul Yusof untuk filem KL Special Force.

5. Zizan Razak
-  Zizan Razak yang banyak memenangi Anugerah Artis Komedi Popular sebelum ini berjaya tercalon untuk 4 kategori iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Versatil Popular, Artis Komedi Popular dan Gadingan Serasi Filem Popular.

4. Syafiq Kyle
Pelakon yang popular dengan watak Ustaz Adam ini berjaya tercalon sebagai Top 5 dalam 5 kategori iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, 2 percalonan dalam Gadingan Serasi Drama Popular dan Gadingan Serasi Filem Popular.

3. Remy Ishak
Remy Ishak berjaya menjadi top 5 ABPBH yang ke 32 dalam 5 kategori iaitu Pelakon FIlem Lelaki Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, 2 percalonan Gadingan Serasi Drama Popular dan Gadingan Serasi Filem Popular.

2. Siti Nordiana
Sejak bergelar juara Gegar Vaganza pada tahun 2015, Siti Nordiana semakin berjaya bukan sahaja dalam bidang nyanyian tetapi dalam bidang lakonan dan pengacaraan.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian kali ini Siti Nordiana berjaya  tercalon untuk 6 kategori iaitu Pelakon TV Wanita Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara Wanita Popular dan Lagu Paling Boom (Hatiku Milikmu).

1. Mira Filzah



Miss Viral sebenarnya dah jangka yang Mira Filzah menjadi artis yang paling banyak pencalonan ABPBH kali ini kerana melihat kepada populariti Mira Filzah sekarang.

Mira Filzah berjaya menjadi top 5 untuk 7 percalonan iaitu untuk kategori Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Wanita Popular, 2 pencalonan dalam Gadingan Serasi Drama Popular dan Gadingan Serasi Filem Popular.

Malam kemuncak ABPBH 32 akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 September depan, jam 9 malam.

Miss Viral jangkakan yang Mira Filzah mungkin akan menjadi Bintang Paling Popular ABPBH yang ke-32 pada malam.  Bagi korang, agaknya siapa yang akan menang pada malam tu?


 
Copyright © Miss Viral TV. Designed by OddThemes