6 Artis Malaysia Kacak Berambut Panjang






Sejak drama Sweet Dreams ditayangkan, populariti Ben Amir memang meningkat naik. Ramai la wanita yang tertarik dengan imej Ben Amir yang berambut panjang tu.

Artikel kali ini Miss Viral akan senaraikan 6 Artis lelaki Malaysia yang pernah berambut panjang dan memang nampak kacak dengan imej sebegitu.



Tapi sebelum tu jangan lupa subscribe Youtube Channel Miss Viral TV untuk lebih banyak video menarik akan datang.

Aedy Ashraf

Pelakon kacak Aedy Ashraf ini pernah berambut panjang suatu ketika dahulu. Malah dia juga tampil dengan imej berambut panjang dalam satu drama lakonan bersama Nelydia Senrose iaitu Cinta Tiada Ganti yang ditayangkan pada tahun 2018 di Astro Prima.

Tengok sajalah penampilan Aedy Ashraf ketika berambut panjang ni. Memang nampak hensem kan.

Tapi ini dulu, sekarang Aedy Ashraf selesa dengan imej rambut pendek dan "messy curl".


Beto Kusyairy
Ini salah seorang pelakon feveret Miss Viral. Bagilah apa jenis watak, mesti dapat dibawa dengan sangat cemerlang.

Beto Kusyairy sekarang memang tampil dengan imej rambut panjang. Miss viral tak sure sama ada imej ini dikekalkan oleh kerana tuntutan kerja sebagai pelakon atau tak. Tapi bagi Miss Viral, Beto memang nampak macho dengan gaya rambut sebegitu. korang setuju tak?


Zahiril Adzim
Sekitar tahun 2017, Zahiril Adzim pernah berambut panjang .

Dia juga ada berlakon sebagai watak utama dalam satu telefilem iaitu Kitab Sijjin dengan imej berambut panjang.

Miss Viral memang suka sangat tengok penampilan Zahiril Adzim ketika itu. Memang sempoi je lagi-lagi dia memang pandai berfesyen dengan gaya street fashion.

Tapi imej rambut panjang tu tak lama kerana Zahiril mula berambut pendek pada November 2017 dan kekal berambut pendek sehingga sekarang.

Farid kamil
Farid Kamil antara artis lelaki Malaysia yang suka menyimpan rambut panjang. Kejap rambut panjang, kejap rambut pendek tetapi kedua-kedua imej ni memang sesuai dengannya.

Mesti korang pernah tengok filem Lagenda Budak Setan lakonan Farid Kamil dan Lisa Surihani. Perasan tak gaya rambut Farid Kamil dalam filem tu. Farid Kamil melakonkan watak pelajar bermasalah iaitu Kashah dengan imej rambut panjang. Memang hero pujaan la waktu tu.

Selain itu, Farid Kamil juga berambut panjang dalam filem J Revolusi sebagai watak antagonis.

Mana lagi korang suka, Farid Kamil berambut panjang atau berambut pendek?

Noh Hujan
Vokalis kumpulan Hujan ni memang selesa berambut panjang sejak dulu lagi. Sampai Miss Viral pon dah lupa bila kali terakhir tengok dia berambut pendek.

Tapi Miss Viral memang suka tengok imej rambut panjang Noh ni, lagi-lagi bila dia buat konsert atau show. Memang Jeles tengok rambut dia yang nampak lebat dan lembut tu.

Ini antara gambar-gambar Noh Hujan berambut panjang. Hensem tak?


Ben Amir
Imej rambut panjang ni la antara punca nama pelakon Ben Amir semakin dikenali. Lagi-lagi bila imej rambut panjang ini dikekalkan untuk watak Qash dalam drama terbaru Ben Amir iaitu Sweet Dreams.

Tapi memang hensem kan? Lagipon Miss Viral dah bosan tengok pelakon utama drama dengan rambut pendek dan kemas. Sekali-sekala messy hair macam ni pon okay jugak kan.


Ini antara Artis Malaysia yang bagi Miss Viral memang kacak bila berambut panjang. Ada artis lelaki lain yang Miss Viral lupa nak mention? Korang boleh komen di bawah okay.

Kalau suka artikel ni, jangan lupa komen atau share. Bye!

0 comments:

Artikel Lain