10 Fakta Menarik Tentang Neeta (Peserta Big Stage 2 & Vokalis iamNeeta)



Nama Neeta semakin dikenali apabila muncul peserta dalam program Big Stage Musim Ke-2 atau Big Stage 2019 yang ditayangkan di Astro Ria setiap hari Ahad.

Miss Viral sebenarnya dah lama tahu kewujudan Neeta ni sebab minat dengan lagu Terima Kasih dan Tuhan Tolong Aku. tapi Miss Viral hairan kenapa Neeta tak sepopular penyanyi lain padahal suara dan lagu nyanyian dia memang best kot.

Miss Viral antara peminat yang gembira bila bakat nyanyian Neeta mula menjadi perhatian. So, video kali ini Miss Viral akan senaraikan 10 Fakta Menarik Tentang Neeta.

(VIDEO)


Kalau suka video ni, jangan lupa subscribe Youtube Channel Miss Viral TV untuk lebih banyak video menarik tentang Artis Malaysia pada masa akan datang. Korang juga boleh suggest video apa yang korang suka di ruangan komen di bawah.


1. Siapa Neeta?

- Nama sebenar Neeta adalah Neeta Manishaa dilahirkan di Sungai Petani, Kedah pada 16 November 1994. So, Neeta sekarang berusia 25 tahun.

2. Bukan Melayu

-Neeta sebenarnya bukan Melayu & bukan juga beragama Islam. Neeta mempunyai darah campuran Cina, India dan Siam. Ayah Neeta kacukan Cina dan India, Emaknya pula seorang Thailand dan Neneknya seorang Cina.

Ramai sebenarnya yang confuse ingat Neeta seorang Melayu kerana memang ada iras-iras orang Melayu.

- Neeta siap pernah kena tegur dan dimarah sebab order makan ketika bulan puasa. Cepat-cepat dia explain yang dia bukan Melayu dan bukan Islam. Kesian Neeta, tak pasal-pasal.

3. Anak Tunggal

- Neeta merupakan anak tunggal tetapi tegas mengatakan yang dia bukan seorang anak yang manja. Tapi nampak gaya memang seorang manja dan comel. Perangai dia pon macam gila-gila tapi cute.

4. Vokalis iamNEETA

- Neeta sebenarnya vokalis kumpulan iamNeeta yang ditubuhkan sejak tahun 2012 lagi. Selain Neeta, ada 2 orang ahli dalam kumpulan ini iaitu Patrick dan Anas Zakhwan.

- Kalau nak tahu, Neeta kenal Anas melalui Myspace dan kemudiannya selalu datang kerumah Anas dan kebetulan Patrick pon ada untuk jamming. Dari situ la tertubuhnya kumpulan iamNeeta apabila diorang ni sering memuatnaik lagu cover di Youtube sehingga ada record label iaitu Nars offer untuk jadi artis naungan mereka.

5. Selalu Patah Hati?

- Kalau perasan, lagu-lagu iamNeeta ni banyak yang lagu sedih dan patah hati. Sampai ada ingat Neeta ni selalu patah hati dan lagu tu berdasarkan kisah hidup diorang.

Tetapi menurut Patrick, komposer lagu-lagu iamNeeta, lagu-lagu itu tidak berkaitan dengan mereka tetapi berdasarkan pengalaman orang-orang di sekeliling. Neeta sendiri ada mengaku dalam satu interview yang dia memang single, so mustahil la kalau lagu tu berkenaaan dengan diri dia.

- Lagu-lagu kumpulan diorang sebenarnya pernah digunakan sebagai Ost untuk drama antaranya Sakit Ost drama Menanti Februari lakonan Fathia Latif, Zul Ariffin dan Afiq Muiz yang ditayangkan pada tahun 2017.

- Terbaru dan juga melonjakkan nama kumpulan iamNeeta iaitu lagu Ilusi dan lagu Jatuh Cinta yang digunakan sebagai OST untuk drama popular Sweet Dreams. Drama tersebut memang menjadi fenomena kerana gadingan serasi antara Ben Amir dan Mira Filzah.

(LAGI 5 FAKTA BOLEH LIHAT DALAM VIDEO DI ATAS )

Okay, itu saja lah 10 Fakta Menarik Tentang Neeta, iaitu Vokalis iamNeeta dan juga sedang menyertai Big Stage Season ke-2. Kalau ada fakta tambahan, korang boleh komen di bawah okay.

Buat peminat iamNeeta, jangan lupa support Neeta di Big Stage Season 2. Terima Kasih kerana menonton video ni. Bye!




0 comments: