15 Pasangan Artis Malaysia Dengan Jarak Umur Sangat Berbeza - Sampai 23 Tahun Beza Umur





Kalau dah jodoh, jarak umur bukan jadi penghalang. Ini yang berlaku kepada pasangan artis malaysia ni yang berkahwin dengan jarak umur yang jauh berbeza. Dan mereka tetap bahagia dalam perkahwinan dan masih bersama sehingga sekarang.

Cuma yang tak bestnya bila ada persepsi sesetengah rakyat malaysia yang buat andaian sendiri kalau umur berbeza sangat, ibarat nak kikis duit la, rupa macam anak ayah la, kakak adik la. all the nonsense punya komen yang tak elok tu. 

Siapa kita nak pertikaikan jodoh diorang kan?

So, Video kali ini Miss Viral akan senaraikan 15 pasangan artis malaysia yang sudah berkahwin dan mempunyai jarak umur yang sangat berbeza iaitu melebihi 5 tahun.

Korang boleh tengok video di bawah : 



Sebelum tu jangan lupa subscribe Youtube Channel Miss Viral TV untuk lebih banyak video menarik tentang artis Malaysia pada masa akan datang. Korang juga boleh suggest video apa yang korang nak Miss Viral buat di ruangan komen di bawah.

15. Amar (1985) - Amyra (1991) = 6 tahun

Amar Baharin dan Amyra Rosli merupakan antara pasangan pelakon cinta lokasi popular di Malaysia. 

Mereka mula berkenalan apabila berlakon bersama dalam drama Kalimah Jiwa, diikuti oleh drama Tersuka Tanpa Sengaja. 

Mereka berkahwin pada 11 November 2016 dan ketika itu Amar Baharin berusia 31 tahun, manakala Amyra Rosli pula berusia 25 tahun. 

Sekali tengok memang nampak macam sebaya tapi sebenarnya jarak umur mereka adalah 6 tahun.

Kini mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Aqeef Anaqi dan bakal nenimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.


14. Fizz Fairuz( (1979) - Almy Nadia (1986) = 7 tahun

Pasangan pelakon Fizz Fairuz dan Almy Nadia telah mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 setelah 8 tahun menjalin hubungan cinta. 

Almy Nadia yang ketika itu berusia 28 tahun menerima mas kahwin bernilai RM1001 dan wang hantaran sebanyak RM20,000 daripada Fiz Fairuz yang berusia 35 tahun ketika itu.

Jarak umur mereka adalah 7 tahun dan kini mempunyai 3 orang anak perempuan kandung serta seorang anak angkat - Nur Afrina Arianna, Nur Afrina Aurora, Nur Afrina Darwisya dan Nur Afrina Ayra.


13. Que Haidar (1979) - Linda (1972) = 7 tahun

Pelakon berbakat, Que Haidar mula digosipkan bercinta dengan koreografer Linda Jasmine sekitar tahun 2008 apabila video mesra mereka tersebar. 

Video tersebut menunjukkan Que Haidar membelai rambut Linda Jasmine semasa sesi pengambaraan pertandingan Sehati Berdansa

Que Haidar mendirikan rumah tangga dengan Linda Jasmine pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra.

Que Haidar berkahwin ketika berusia 30 tahun manakala Linda Jasmine berusia 37 tahun dan jarak usia mereka adalah 7 tahun.



12. Fattah (1990) - Fazura (1983) = 7 tahun

Siapa tak kenal pasangan artis Malaysia yang cukup popular ini, Fattah Amin dan Fazura yang mula menjalinkan hubungan cinta apabila sama-sama membintangi drama popular Hero Seorang Cinderella.

Mereka berkahwin dalam satu majlis secara tertutup pada 27 November 2017 yang dihadiri oleh keluarga terdekat dan kawan rapat. Ketika itu Fattah Amin berusia 27 tahun manakala Fazura pula berusia 34 tahun.

Walaupon Fattah Amin lebih muda 7 tahun dari Fazura, ianya tidak menjadi masalah buat mereka dan tetap nampak bahagia bersama sehingga sekarang.



11. Azad (1976) - Eira (1984) = 8 tahun

Eira Syazira dan Azad Jazmin mula berkenalan apabila sama-sama membintangi drama Cinta Balkis pada tahun 2010.

Setelah 3 tahun bercinta, pasangan pelakon popular ini mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011 dan kini mempunyai 3 orang anak perempuan.

Ketika berkahwin, Eira Syazira berusia 27 tahun manakala Azad Jazmin berusia 35 tahun. Jarak usia mereka berdua adalah 8 tahun.

(LAGI 10 PASANGAN BOLEH LIHAT DALAM VIDEO DI ATAS )


Umur tidak penting, yang penting komunikasi dan saling memahami bagi menjaga keharmonian dalam rumah tangga. 

Ini antara 11 pasangan artis malaysia yang sudah berkahwin dan mempunyai jarak umur yang sangat berbeza. Kalau ada pasangan artis malaysia lain yang Miss Viral terlupa nak sebut boleh komen dibawah.

Kalau suka video ni jangan lupa subscribe dan share. Bye!





0 comments: