10 Fakta Tentang Abam Bocey (19 Jan 1988 - 10 Feb 2020)




Miss Viral sangat terkejut dengan berita pemergian pelawak terkenal, Abam Bocik yang meninggal dunia akibat demam panas di kediaman miliknya di Gombak, Selangor.

Berita tersebut disampaikan kepada Gempak oleh Ali, adik kepada Abam. Menurut Ali, isteri Abam menghubungi Ali dan beritahu Abam tidak sedarkan diri sewaktu dikejutkan untuk solat subuh.

Apabila Ali sampai kerumah Abam, Abam sudah tidak bernafas.

Ramai artis Malaysia yang meluahkan rasa terkejut dengan berita tersebut, lagi-lagi apabila Abam memang seorang yang disenangi ramai. Semua orang suka dekat Abam, so semua memang merasai kehilangan Abam.


Jadi video kali ini, Miss Viral akan senaraikan 10 Fakta tentang arwah Abam, kisah peribadi dan kerjaya beliau sepanjang hayatnya.




Siapa Abam Bocey?

Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan dilahirkan pada 19 Januari 1988 di Kuala Lumpur. Tahun ini, Abam berusia 32 tahun. 

Abam merupakan anak kedua dari 4 orang adik beradik. Dia bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Gombak Setia, kemudiannya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia. Selepas itu, Abam melanjutkan pelajaran di Teknik ERT Setapak.

Abam kemudian tidak sambung belajar dan ingin terus bekerja. Dia membantu ibunya berniaga di kantin di Puspakom. 


Penglibatan Abam Dalam Dunia Hiburan

Sebelum melibatkan dalam dunia hiburan, Abam bekerja sebagai pembantu am di MATIC selama 2 tahun.

Abam kemudianya mencuba nasib menyertai Raja Lawak, menjadikan SEPAH sebagai inspirasi.

Selepas banyak kali mencuba, Abam dan Ali akhirnya berjaya menyertai Raja Lawak Musim ke-6. Kumpulan Abam, Albob tersingkir pada minggu ke-7.

Abam kemudianya menyertai pertandingan Bintang Mencari Bintang Anjuran TV3 pada tahun 2013 bersama Fad menerusi kumpulan Bocik.

Ketika itu Bocik muncul naib juara manakala Achey yang tampil solo muncul sebagai Juara. Mereka kemudiannya bergabung dan menubuhkan kumpulan Bocey.


Bocey

Kumpulan Bocey yang terdiri dari 3 orang pelawak iaitu Fad, Achey dan Abam muncul buat pertama kali dalam program Maharaja Lawak Mega pada tahun 2013. Mereka berjaya mendapat tempat ke-3.

Pada tahun 2016, mereka sekali lagi menyertai Maharaja Lawak Mega 2016 dan akhirnya berjaya menjadi juara membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 beserta trofi.

Bocey juga menjadi juara bertahan apabila sekali lagi muncul juara di pentas Maharaja Lawak Mega pada tahun 2017.

Bocey pernah muncul dengan program berkonsepkan persembahan komedi “Bocey & Friends Live” disiarkan di Astro Warna pada tahun 2016 dan 2018.

Pada tahun 2016, program “Bocey & Friends” merupakan antara program yang telah mencatatkan rating paling tinggi di saluran Astro Warna.

Sehingga kini hubungan mereka memang rapat, malah telah berjaya menang tempat ketiga pada Maharaja Lawak Mega yang lepas.

Diorang dah kenal dan rapat lebih 6 tahun, susah senang sama-sama.

Sebab itulah, pemergian Abam secara tiba-tiba amat dirasai oleh dua rakan baiknya, Fad dan Achey.


Bidang Lakonan
Melalui satu interview bersama MyMetro, Abam memberitahu yang dia lebih suka berlakon dari membuat persembahan di atas pentas.

Sepanjang hayatnya, Abam banyak muncul dalam drama, filem dan telefilem.

Filem pertama lakonan Abam adalah sebagai watak pembantu dalam filem Suatu Malam Kubur Berasap 2 yang ditayangkan pada 14 Jun 2014.

Filem lain lakonan arwah Abam adalah Kawan aku mati dalam rumah sewa, hantu bungkus ikat tepi, ada apa dekat bas stop, isteri untuk dijual dan kecoh! Primadona kena hantu.

Drama pertama lakonan Abam adalah sebagai Daniel dalam Mak Cun Musim 3 yang ditayangkan di TV3. Drama lain lakonan abam pula adalah oh my pondok, saka sisters dan tuyul ke london.

Kejayaan Dan Anugerah
Sejak Abam terlibat dalam dunia hiburan, dia banyak kali menang pertandingan dan juga anugerah.

Abam bersama kumpulan Bocey pernah muncul sebagai juara Maharaja Lawak Mega selama dua kali iaitu pada tahun 2016 dan 2017.

Arwah Abam juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Lelaki Popular di ABPBH 2014 dan ABPBH 2015.

(LAGI 5 FAKTA BOLEH LIHAT DALAM VIDEO DI ATAS )

Miss viral pon sampai sekarang masih tak percaya Abam dah tiada. Rasa macam baru lagi tengok dia beraksi di pentas maharaja lawak mega, atau tengok video kelakar dia bersama Fad dan Achey di instagram.

Apa pon Miss Viral doakan semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman. Apa komen korang?

 
Copyright © Miss Viral TV. Designed by OddThemes