Kisah Cinta Aiman Hakim Dan Zahirah Macwilson, Kini Bergelar Suami Isteri


Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada pelakon kacak, Aiman Hakim dan pelakon jelita, Zahirah Macwilson kerana selamat diijabkabulkan pada 20 Februari 2020 dengan sekali lafaz sekitar jam 9 malam.


Mereka selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Foyer Glam Hall Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya.


Zahirah yang sebelum ini menyambut hari lahir yang ke-25 pada 1 Februari lepas tampil jelita dengan busana pengantin rekaan Teh Firdaus.


Kalau nak tahu, jarak umur mereka adalah 6 tahun, Aiman Hakim berusia 31 tahun pada tahun ini. Tapi tengok diorang ni memang sepadan kan, sama-sama kacak dan jelita.




Saat Perkenalan

Mereka mula rapat sekitar November 2018 apabila Zahirah yang mula-mula menghantar mesej kepada Aiman Hakim. Pada awalnya Aiman tidak melayan kerana tidak percaya yang Zahirah akan menghantar mesej kepadanya.

Zahirah kemudianya sekali lagi menghantar mesej bertanya jika Aiman berminat untuk berlakon bersama dalam Curi Curi Cinta.


Akhirnya mereka setuju untuk keluar bersama tiga hari berturut-turut dan hari ketiga, Aiman melamar Zahirah untuk jadi teman wanitanya.


Pertunangan

Sekitar Disember 2018, Aiman dan Zahirah mengesahkan dan mengumumkan hubungan mereka apabila memuatnaik gambar bersama dengan caption yang sweet berserta hashtag #zahirAH

Mereka kemudiannya mengikat tali pertunangan pada Jun 2019 di kediaman milik keluarga Zahirah di Perth, Australia.



Tak sangka kan, akhirnya diorang dah kahwin. Miss Viral memang terpukau dengan kecantikan Zahirah di hari pernikahanya, untung sangat la Aiman ni. Sesuai sangat la diorang ni, dah la dua-dua tinggi.





Semoga perkahwinan yang dibina kekal sehingga anak cucu dan dilimpahi dengan kebahagiaan. Tahniah sekali lagi buat Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson.

 
Copyright © Miss Viral TV. Designed by OddThemes