10 Fakta Tentang Syifa Melvin (Kekasih Safawi Rasid)





Nama Syifa Melvin mula disebut-sebut di sosial media apabila didakwa sebagai punca kemerosotan prestasi bintang muda skuad JDT, Safawi Rasid. 


Isu ini tercetus apabila Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat posting tentang prestasi Safawi di Instagram miliknya.

Menurut TMJ, kemerosotan mendadak prestasi Safawi disebabkan tekanan daripada Syifa Melvin yang mendesak mahu berkahwin pada tahun ini.

Syifa Melvin bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Disebabkan ramai yang tak kenal siapa Syifa Melvin, jadi video kali ini Miss Viral nak kongsikan 10 Fakta Menarik Tentang Syifa Melvin yang mungkin ramai orang tak tahu.



1. Siapa Syifa Melvin

Syifa Melvin atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah binti Amirol Melvin dilahirkan pada 13 Januari 1994 dan kini berusia 26 tahun.

Syifa merupakan anak kelahiran Parit Buntar, Perak. Bapa Syifa berketurunan Jepun manakala ibunya berketurunan Melayu.



2. Pendidikan

Syifa merupakan pelajar lepasan Diploma Komunikasi Massa di Segi University College dan telah menjalanai konvokosyen sekitar April 2016. 


3. Adik Syatilla Melvin - Seiras Bukan Kembar


Syifa mempunyai 5 orang adik beradik dan semuanya perempuan. Kakaknya yang juga pelakon Syatilla Melvin merupakan isteri kepada pelakon popular Shaheizy Sam.


Kalau korang perasan, muka Syifa ni memang mirip betul dengan kakaknya Syatilla Melvin sampai ada peminat yang confuse.



Walaupun mempunyai wajah yang cukup seiras, Syifa tidak pernah menumpang populariti Syatilla untuk berada dalam industri seni kerana dia mula dikenali sebagai model dan instafamous.


4. Hijab

Seperti kakaknya Syatilla, Syifa pada awalnya memang tidak memakai tudung. 



Tetapi sekitar Ogos 2014 barulah dia mula berhijrah dan memakai tudung.

Dia juga sering memuat naik video tutorial menggayakan tudung di akaun instagram miliknya.


5. Instafamous

Sebelum terjebak dalam dunia hiburan, Syifa Melvin terlebih dahulu dikenali di media sosial dengan video-video solekan dan perkongsian informasi mengenai dunia kecantikan.



Kemudian dia mula membuat tutorial cara pemakaian tudung dan dari situlah jumlah pengikut di Instagram miliknya semakin bertambah.

Kini pengikut di Instagram milik Syifa mencecah mencecah 670 ribu.

(LAGI 5 FAKTA BOLEH LIHAT DALAM VIDEO DI ATAS )



So, ini antara fakta-fakta tentang Syifa Melvin yang mungkin ramai tak tahu.

Kalau korang nak tahu 10 fakta tentang selebriti lain, boleh komen dibawah ye. Kalau suka video ni jangan lupa like, share dan subscribe. Bye!


0 comments:

Artikel Lain