10 Drama Korea Tentang Pasangan Curang


Nampaknya ramai yang sakit hati apabila menonton drama terbaru korea iaitu The World Of The Married yang mengisahkan tentang suami curang dan ada hubungan sulit dengan perempuan lebih muda. 

Jadi kali ini Miss Viral nak kongsikan 10 Drama Korea Tentang Suami Atau Isteri Curang yang boleh korang cuba tonton. 

1. Woman Of Dignity


Sinopsis : Mengisahkan tentang Woo-A Jin yang hidup mewah kerana kekayaan ayah mertuanya. Dia bertanggungjawab menguruskan segala yang berlaku di rumah. Hidupnya mula kucar-kacir apabila suaminya curang dengan perempuan muda. 

Apa yang menyakitkan hati apabila suaminya tidak mahu menceraikannya dan masih ingin menjalinkan hubungan dengan perempuan tersebut.

Jumlah episod : 20
Tahun Ditayangkan : 2017


2. Birth Of Beauty


Sinopsis : Sa Geum-ra seorang isteri yang baik telah berkahwin dengan suaminya hampir 7 tahun tetapi terpaksa tinggal berasingan kerana suaminya kerja di US. Dia tinggal bersama dengan mak mertua dan adik ipar yang melayannya sangat teruk.

Dia mendapat tahu suaminya telah curang dengan seorang pemberita popular dan cantik. Dia kemudian terlibat dalam kemalangan dan disangkakan telah meninggal dunia. Suaminya tidak kisah dan gembira menjalinkan hubungan dengan pemberita tersebut.

Sa Geum-ra menjalani pembedahan plastik kerana cedera teruk akibat kemalangan. Dia kemudiannya ingin membalas dendam terhadap suaminya itu.

Jumlah episod : 21
Tarikh Ditayangkan : 2014

3. My Wife's Having An Affair This Week 


Sinopsis : Producer TV, Do Hyun Woo menyangkakan dia mempunyai perkahwina yang bahagia tetapi malangnya apabila mendapat tahu isteri curang.

Dia secara tidak sengaja terbaca mesej seorang lelaki kepada isterinya. Dia cuba menyelamatkan perkahwinannya dengan meminta pendapat di sebuah forum.

Jumlah Episod : 12 Episod
Tarikh Ditayangkan : 2016


4. My Mister



Sinopsis : Dong-Hung yang mempunyai isteri yang cantik dan seorang anak. Satu hari Dong-Hung dapat tahu isterinya curang dengan menjalinkan hubungan dengan bos tempat Dong-Hung bekerja.

Bosnya mempunyai rancangan untuk membuatkan Dong-Hung diberhentikan kerja. Isterinya tidak menghalang kerana memudahkan dia untuk meminta cerai.

Jumlah episod : 18
Tarikh Ditayangkan : 2018


5. I Have A Lover


Sinopsis : Hae-Gang mempunyai masalah dengan suaminya, Jin-Eon. Dia cuba untuk membaiki rumah tangganya namun gagal kerana muncul orang ketiga. 

Jin-Eon menjalinkan hubungan dengan Seol Ri yang dilihat mempunyai personaliti periang dan ceria sama seperti isterinya sewaktu awal perkenalan dulu. Mereka akhirnya bercerai namun sesuatu terjadi kepada Hae-Gang apabila dia terlibat dalam kemalangan sehingga hilang ingatan.

Hae-Gang hidup dengan identiti adik kembarnya dan muncul kembali di hadapan bekas suaminya Jin-Eon.

Jumlah Episod : 50
Tarikh Ditayangkan : 2015

6. VIP


Sinopsis : Mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Na Jung-Sun dan Park Sung-Joon yang berkerja dalam tempat kerja yang sama. Satu hari, Na Jung-Sun mendapat mesej yang suaminya mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain yang juga satu tempat kerja yang sama.

Jadi Na Jung-Sun cuba mengenalpasti identiti perempuan yang menjalinkan hubungan cinta dengan suaminya. 

Jumlah Episod : 16
Tarikh Ditayangkan : 2019

7. The Last Empress


Sinopsis : Oh Sunny berkahwin dengan ketua negara, Emperor Lee Hyuk dan menyangka Lee Hyuk turut mempunyai perasaan terhadapnya. Tetapi rupanya Lee Hyuk telah mempunyai kekasih dan tetapi menjalinkan hubungan cinta walaupon telah berkahwin.

Kekasih Emperor Lee Hyuk sedaya upaya untuk merampas tempat Oh Sunny dengan membuat perancangan yang jahat. 

Jumlah Episod : 52 
Tarikh Ditayangkan : 2018


8. Ms Perfect



Sinopsis : Sim Jae-Bok telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Suaminya curang dengan rakan sepejabat yang lebih muda. Rupanya semua itu rancangan Lee Eun yang ingin merampas suami Sim Jae-Bok.

Jumlah Episod : 20
Tarikh Ditayangkan : 2017


9. Want A Taste?


Sinopsis : Mengisahkan tentang Hae Jin yang berkahwin dengan Jin Sang yang lebih mudah darinya. Dia  bekerja keras untuk menanggung hidup keluarga mertua dan pembelajaran Jin Sang di universiti.

Dengan tanpa rasa bersyukur, Jin Sang curang dan bercinta dengan perempuan muda dan kaya. Dia masih keluar dengan perempuan tersebut walaupon telah kantoi dengan Hae Jin. Kemudianya berusaha meminta cerai dengan Hae Jin.

Jumlah Episod : 120
Tarikh Ditayangkan : 2019-2020


10. The World Of The Married



Sinopsis : Mengisahkan tentang Ji Sun-Woo seorang doktor yang mempunyai seorang anak lelaki dan suami yang bekerja sebagai pengarah. Pada satu hari dia dapat tahu yang suaminya telah curang dengan perempuan yang lebih muda dan cantik. 

Apa yang menyakitkan hati apabila suaminya membuat pengakuan yang dia sayangkan kedua-dua isteri dan kekasihnya. 

Jumlah Episod :16
Tarikh Ditayangkan : 2020


Antara 10 drama ni, mana paling korang suka tengok?



kredit : 10 Drama Korea Tentang Suami/Isteri Curang Pada Pasangan
 
Copyright © Miss Viral TV. Designed by OddThemes