7 Lelaki Pernah Dikaitkan Dengan Mira Filzah - Kekasih Atau Gosip?

7 Lelaki Pernah Dikaitkan Dengan Mira Filzah - Kekasih Atau Gosip?

Siapa tak kenal pelakon jelita yang berbakat besar dalam lakonan dan pengacaraan, Mira Filzah. Mira Filzah mula aktif dalam dunia peragaan pada usia 17 tahun dan kemudian memulakan karier lakonan pada tahun 2013.

Kerjaya beliau dalam dunia seni sangat menyerlah sehingga pada tahun 2019, Mira Filzah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2019.

Sepanjang penglibatan dalam dunia hiburan Malaysia, Mira Filzah tidak terlepas dari gosip cinta dan seringkali dikaitkan dengan ramai lelaki terutama di kalangan artis lelaki.

Artikel kali ini miss viral akan senaraikan 7 lelaki yang pernah dikaitkan dengan Mira Filzah sepanjang bergelar artis.


Boleh tengok video ini atau artikel penuh di bawah :


Artikel Penuh 7 Lelaki Pernah Dikaitkan Dengan Mira Filzah - Kekasih Atau Gosip?



1. Saharul Ridzwan

Sekitar Nov 2015, Mira Filzah pernah didakwa sebagai punca hubungan antara pelakon Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad renggang.

Mira Filzah menafikan dakwaan tersebut dan mengakui yang dia mengenali Saharul Ridzwan sebelum kedua-dua memasuki bidang seni lagi.

Punca gosip ini tersebar kerana pihak media menerima kiriman email yang mengandungi screenshot perbualan antara Mira dan Saharul di twitter sekitar 2011.

Menurut Saharul, dia menganggap gosip tersebut hanya mahu melaga-lagakan pelakon Mira Filzah dan Mia Ahmad sahaja.

Saharul Ridzwan kini telah berumah tangga dengan Deena Emir pada 16 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Luth Ali pada 6 Jun 2017.


2. Zizan Razak


Zizan Razak antara artis lelaki yang paling lama dikaitkan dengan Mira Filzah.


Kedua-dua mereka mula digosipkan bercinta sekitar Mei 2016 apabila Zizan menemani Mira Filzah ke balai polis untuk membuat laporan setelah terlibat dalam satu kemalangan.

Mereka juga dikatakan mula rapat selepas sama-sama mengacarakan Anugerah Bintang Popular BH Ke-29.

Mira Filzah juga menafikan ada hubungan cinta dengan Zizan Razak dan mengaku mereka hanya sekadar kawan biasa.

Gosip percintaan mereka berlanjutan sekitar 2018 apabila Mira Filzah dikatakan sedang membuat persiapan perkahwinan dengan Zizan Razak.

Mira Filzah menjelaskan yang gosip tersebut tidak benar memandangkan masing-masing sibuk menguruskan kerjaya masing-masing.

Dia juga sekali lagi menegaskan yang mereka hanya kawan rapat dan dia selesa berkawan dengan Zizan Razak.

Kiranya sampai sekarang la kisah percintaan diorang ni hanya sekadar gosip kerana memang belum ada lagi peminat yang nampak mereka keluar bersama. Masing-masing pon menafikan ada hubungan cinta.


3. Ben Ali


Selain digosipkan dengan Zizan Razak, Mira juga pernah dikaitkan dengan pelakon, Ben Ali sekitar Ogos 2016.

Hakikatnya mereka hanya sekadar kawan dan Ben Ali merupakan individu penting yang memperkenalkan Mira Filzah dalam industri lakonan.

Menurut Ben, dia juga memperkenalkan Mira dengan pihak produksi Zeel Production dan dari situ Mira diberi peluang untuk berlakon dalam drama Eksperimen Cinta yang dibintangi oleh Izreen Azminda dan Fahrin Ahmad.

4. Fattah Amin


Sekitar September 2016, Mira Filzah sekali lagi didakwa menjadi punca keretakan hubungan pasangan artis Malaysia. Pasangan artis Malaysia yang dimaksudkan adalah hubungan antara pelakon Fattah Amin dan Sherry Ibrahim.

Mira Filzah menafikan dakwaan tersebut serta menegaskan yang dia tidak mengenali rapat Fattah Amin dan hubungan mereka sekadar rakan artis.

Mereka berdua kali pertama bergadingan bersama dalam drama Ketupat Palas Mr. Handsome yang ditayangkan di TV3 menerusi Slot Lestary pada 23 Jun 2016 hingga 22 Julai 2016.

Malah Mira juga tidak terkejut dengan gosip tersebut kerana sebelum ini dia sering dikatakan ada hubungan dengan beberapa artis lelaki lain.

Pada 27 November 2017, Fattah Amin dan pelakon jelita, Fazura sah menjadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel di Kuala Lumpur


Lagi 3 Lelaki boleh tengok video di atas, jangan lupa subscribe Youtube Channel Miss Viral TV untuk lebih banyak video menarik pada masa akan datang.


Jadi ini antara 7 lelaki yang dikaitkan dengan Mira Filzah sepanjang penglibatan dia dalam dunia seni. Kalau ada yang Miss Viral terlepas pandang atau lupa nak mention, boleh komen di bawah. Bye!
 
Copyright © Miss Viral TV. Designed by OddThemes