Terharu Tengok Reaksi Ayah Kilafairy Bila Diberitahu Keputusan Berhijab Sepenuhnya

Terharu Tengok Reaksi Ayah Kilafairy Bila Diberitahu Keputusan Berhijab Sepenuhnya
Tahniah Miss Viral ucapkan kepada Kilafairy kerana membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya. Alhamdulillah, dibukakan hati untuk berhijab di usia 28 tahun.

Kila atau nama sebenar Syakila Nisa binti Jahangir Khan dilahirkan pada 17 Mei 1992 merupakan anak kepada penyanyi veteran terkenal, Rohana Jalil.

Sebelum ni kan, Kila memang selalu tampil dengan imej seksi. Dan sekitar Februari 2020, dia ada membuat kenyataan yang dia tidak mahu lagi seksi dan perlahan-lahan ingin mengikis imej seksi yang memang sinonim dengannya.

Kemudian pada 5 Jun 2020, Kilafairy ada memuatnaik gambar dia memakai hijab ketika melawat rakannya yang baru lepas bersalin. Ramai yang memuji penampilan terbaru Kila termasuklah Ernie Zakri yang juga baru mula memakai hijab sepenuhnya sekitar bulan Mac 2020.

Berita baik ini turut disampaikan oleh pelakon Neelofa dalam Insta Story miliknya pada 6 Jun 2020 yang dia melahirkan rasa syukur dan mendoakan Kilafairy untuk terus istiqomah.

Terbaru, Kila ada memuatnaik video reaksi ayahnya apabila dia memberitahu keputusan untuk berhijab sepenuhnya di Youtube Channel miliknya. Boleh nampak riak wajah ayahnya yang sangat gembira dengan keputusan tersebut. 







Tadi Miss Viral tengok pon nak nangis. Korang boleh tengok video tu dibawah :


Sama-sama kita doakan supaya Kila terus istiqomah dan kekalkan imej bertudung tersebut. Memang nampak sangat lain dan cantik sangat.


Apa komen korang?
 
Copyright © Miss Viral TV. Designed by OddThemes