Rentas Negeri Dibenarkan Bermula 10 Jun 2020, Ini 9 Info PKPP

Rentas Negeri Dibenarkan Bermula 10 Jun 2020, Ini 9 Info Penting Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Alhamdulillah, akhirnya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin telah mengumumkan pergerakan rentas negeri dibenarkan bermula 10 Jun 2020. 

Tambah beliau, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) juga akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020.

Perjalanan rentas negeri dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

Antara info lain yang diumumkan oleh PM kita semasa sidang media tadi adalah seperti berikut :

1. Pelancongan domestik atau dalam negeri dibenarkan tetapi pintu masuk antarabangsa masih ditutup

2. Hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi dan sebagainya akan beroperasi semula secara berperingkat.

- Perkhidmatan gunting rambut atau salun dibenarkan
- Pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu, bazar, medan selera, pusat penjaja, food truck dan gerai makanan juga dibenarkan.

3. Aktiviti seperti lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, aktiviti di kolam pancing dan pengembaraan filem juga dibenarkan.

4. Beberapa sukan dan rekreasi akan dibuka semula dengan pematuhan SOP. Yang tidak dibenarkan adalah sukan yang melibatkan perhimpunan ramai penyokong dan penonton yang ramai.

5. Sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban dibenarkan tertakluk kepada SOP.

6. Aktiviti keagaaman seperti solat berjemaah dan rumah-rumah ibadat lain, kelongaran untuk membenarkan lebih ramai jemaah mengikut ruang keluasan masjid atau rumah ibadat masih dalam perbincangan dan akan diumumkan sedikit masa lagi.

7. Sekolah akan dibuka secara berperingkat.

8. Pusat hiburan seperti pub, karoke, taman tema masih dilarang.

9. Pergerakan rentas negeri dibenarkan bermula 10 Jun 2020.


Demikian point-point penting dari ucapan YAB Tan Sri Muydiddin pada petang tadi. Miss Viral paling happy bila dapat tahu dapat rentas negeri tu. 

Ingat, jangan lupa jasa frontliner yang sama-sama berusaha untuk melawan COVID-19. 

Oh, walaupon peraturan dah longgar, tetap kena pakai mask, jaga jarak dan sentiasa cuci tangan dengan bersih.

Apa komen korang?
 
Copyright © Miss Viral TV - Gosip Fakta Artis Malaysia. Designed by OddThemes