Tahniah - Yana Samsudin Sedang Hamil 8 Bulan


Alhamdulillah rupa-rupanya pelakon dan pengacara Yana Samsudin telah hamil 8 bulan dan bakal bersalin tak lama lagi.

Berita ini disampaikan oleh suami Yana sendiri yang juga pelakon, Fadzil Zahari dalam satu post di Instagram.

Fadzil memuatnaik gambar berserta caption ucapan hari lahir buat Yana Samsudin.



" Alhamdulillah... sempena hari Jumaat yang mulia ni abang nak share & ucapkan happy birthday to my lovely wife @yanasamsudin terima kasih terima i seadanya 🤓 sama2 berkongsi hidup kurang lebih dah 5tahun.. + 3tahun sebelum kahwin dah 8tahun berkenalan...😊

Alhamdulillah sekali lagi, nak maklumkan pada kawan2 dan sedara semua yang isteri abang dah pregnant 8bulan setelah lebih 3tahun menunggu dan usaha, terima kasih pada semua yang doakan... hanya Allah SWT yang dapat balas jasa hangpa semua...🤲🏻

@aisymateen tak cemburu pun, adik nak keluar bulan depan 😚  "

So sweet kan, Alhamdulillah lepas 3 tahun usaha dan menunggu, pasangan ini bakal dikurniakan cahaya mata kedua tak lama lagi.

Tadi pon Miss Viral ada tengok gambar-gambar Yana Samsudin di akaun Instagram miliknya, memang tak nampak sedang hamil pon. Padahal usia kandungan dah lebih 8 bulan.


Kalau korang nak tahu, masa hamil anak pertama dulu pon peminat hanya tahu selepas usia kandungan memasuki usia 7 bulan. Rata-rata peminat memang terkejut kerana tak sedar ada perubahan fizikal pada Yana.

Sekadar info, Yana Samsudin telah mendirikan rumah tangga dengan Fadzil Zahari yang juga adik kepada Farid Kamil pada 13 Februari 2015.


Dia telah melahirkan anak pertama lelaki iaitu Mateen pada 21 Julai 2016. Yana Samsudin dilahirkan pada 25 September 1984 memasuki usia 36 pada tahun ini.

Apa pon Miss Viral harap urusan bersalin nanti dipermudahkan. Sama sama kita doakan. Apa komen korang?


 
Copyright © Miss Viral TV. Designed by OddThemes