Peminat Teruja Aiman Dan Zahirah Kongsi Gambar Bersama Anak Buat Pertama Kali Selepas Kelahiran


Miss Viral antara peminat yang tak sabar nak tengok wajah anak pasangan sama cantik sama padan, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim.


Selepas Zahirah selamat bersalin pada 5 Januari lepas, Aiman dan Zahirah ada memuatnaik sedikit gambar muka anak mereka yang comel berlesung pipit. Tetapi, sejak itu mereka kemudianya sepi tidak memuatnaik apa-apa gambar, video, IG live, IG story di akaun instagram masing-masing. Mungkin Aiman dan Zahirah ingin meluangkan lebih masa bersama baby comel yang baru hadir dalam hidup mereka. Akhirnya, sempena hari lahir Aiman Hakim yang ke-32, hari ni iaitu pada 17 Januari 2021, Aiman dan Zahirah memuatnaik gambar mereka bersama anak mereka buat pertama kali selepas kelahiran.

Ramai rakan artis dan peminat teruja melihat gambar tersebut dan meninggalkan komen memuji kecomelan 3 beranak ini selain mengucapkan selamat hari lahir buat Aiman. Yang bestnya, Aiman berkongsi bulan lahir yang sama bersama anaknya itu. Miss viral memang tak sabar nak tengok wajah comel serta nama yang dipilih untuk anak pasangan ini. Harap Aiman dan Zahirah cepat2 kongsikan kepada peminat yang tak sabar nak tahu. Apa pon, Miss Viral ucapkan selamat hari lahir buat aiman, dan mendoakan kebahgian dunia akhirat buat keluarga ini. Apa komen korang?


Tiada ulasan: