10 Fakta Nad Zainal (Juweta Dalam Takdir Yang Tertulis)







Nad Zainal antara pelakon berbakat besar di Malaysia, malah pelakon terbaik Umie Aida juga menyifatkan Nad ikhlas berjuang dalam dunia seni dan memang layak mendapat anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama. 

Lakonan dia sebagai Juweta dalam Takdir Yang Terpisah juga dipuji ramai pihak sehinggakan drama tersebut trending setiap kali tayangan. 

Jadi video kali ini, Miss Viral akan senaraikan 10 Fakta tentang Nad Zainal.

Tapi sebelum tu, jangan lupa subscribe untuk lebih banyak video menarik pada masa akan datang.


Siapa Nad Zainal 

Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia binti Zainal Abidin dilahirkan pada 16 Mei 1990.
Dia yang merupakan anak tunggal berasal dari Kajang, Selangor. 

Pada tahun ini Nad Zainal memasuki usia 31 tahun.

Bekas Pelajar Aswara

Nad Zainal berkelulusan dalam Diploma Teater di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (Aswara), kemasukan tahun 2007. 

Pada awalnya Nad tidak berminat untuk berlakon dan ingin menjadi pengarah. Jadi dia ingin mengambil jurusan Filem, tetapi bila mengetahui yang dia kena membuat “storyboard”, dia terus bertukar fikiran mengambil jurusan teater.

Walaubagaimanapon, dia tetap ingin melunaskan impiannya untuk menjadi pengarah.

Suaminya, Faliq juga merupakan senior Nad Zainal di Aswara. 

Pernah Menerima Gaji Lakonan RM90

Menurut Nad Zainal, semasa menuntut di Aswara, dia pernah berlakon watak “extra” demi menjana pendapatan sampingan. 

Dia pernah menjadi watak extra untuk filem Cicak Man 2 - Planet Hitam yang melakukan pengambaraan di Muzium Telekom sekitar tahun 2007. Dia juga mula mengenali pelakon Sharifah Amani ketika menjalani pengambaraan filem itu. 

Sejak pertemuan itulah, Nad Zainal memasang impian dan berazam untuk menjadi pelakon seperti Sharifah Amani.

Tambah Nad Zainal, dia mendapat upah berlakon watak “extra” ketika itu sebanyak RM90, berlakon dari pukul 8 pagi sehingga 1 pagi. Walaupon bayaran tidak terlalu tinggi, dia tetap seronok dengan pekerjaan sampingnya itu.

Drama Pertama

Drama pertama lakonan Nad adalah drama komedi Sunsilk Impian yang ditayangkan pada tahun 2008 menerusi watak pembantu, Laila.

Dia kemudiannya kali pertama ditawarkan menjadi watak utama dalam drama 13 episod, Bukan Bidadari bergadingan dengan pelakon Azlee Khairi dan Sharnaaz Ahmad. Drama ini disiarkan pada 19 Jun 2012 hingga 18 September 2012.

Sepanjang karier lakonan Nad, dia sudah membintangi lebih 30 drama samada menerusi watak pembantu atau watak utama. Dan setiap kali itu, dia dipuji kerana memberikan lakonan yang terbaik dalam setiap drama.

Filem Pertama

Kali pertama Nad muncul dalam filem pada tahun 2012 menerusi filem komedi Jidin Sengal menerusi watak pembantu. 

Pada tahun 2014, Nad bersama-sama Diana Danielle, Mila Jirin dan Sara Ali membintangi filem komedi muzikal seram, Kami Histeria. 

Nad Zainal pernah bergadingan sebanyak 2 kali dengan pelakon Hero Malaya, Datuk Rosyam Nor iaitu dalam telefilem Mawar Putih Tanda Perpisahan dan Terputusnya Sebuah Doa pada tahun 2013.

Dia menggangap Datuk Rosyam Nor sebagai aktor paling digeruni dan bertuah kerana diberi peluang untuk bergadingan bersama.


Untukfakta penuh, tengok video di atas 👆

Tiada ulasan: