12 Nama Artis Malaysia Yang Jauh Beza Dengan Nama Sebenar - 1#


Kalau nak tahu ramai je artis Malaysia yang tidak menggunakan nama sebenar tetapi memilih nama yang senang disebut sebagai nama komersial atau nama glemer.

Tetapi yang menariknya, ada yang menggunakan nama yang sangat berbeza dengan nama sebenar. Jadi video kali ini, Miss Viral nak senaraikan 12 Nama Artis Malaysia Yang Jauh Beza Dengan Nama Sebenar. 

1. Awie

Awie merupakan penyanyi dan vokalis kumpulan Wings sejak tahun 1987 lagi. Dia  kemudiannya memulakan kerjaya lakonan pada tahun 1993 dengan filem Pemburu Bayang.

Nama sebenar Awie adalah Ahmad Azhar bin Othman dan dia dikurniakan gelaran Dato’ pada 6 Januari 2017.

Awie dilahirkan pada 24 November 1968 dan tahun ini memasuki usia 53 tahun. Sehingga kini,dia masih aktif sebagai penyanyi dan juga pelakon. 

2. Jep Sepahtu

Pelakon, pelawak dan dj radio, Jep Sepahtu memulakan kerjaya dalam dunia hiburan apabila kumpulan Sepah menjadi Juara di Raja Lawak Musim 3 pada tahun 2009.

Nama sebenar Jep adalah Mohd Nadzri bin Zainal Abidin dan berasal dari Kulai, Johor.

Dia yang juga suami kepada pelakon Sari Yanti dilahirkan pada 9 April 1985 memasuki usia 36 tahun pada tahun ini.

3. Shuib Sepahtu

Shuib merupakan pelawak dan bekas penyampai radio yang kini sibuk menjayakan bisnes minuman madunya. Dia juga salah seorang ahli kumpulan Sepahtu.

Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhammad dilahirkan pada 12 September 1984 memasuki usia 37 tahun pada tahun ini.

Dia telah berkahwin dengan penyanyi Siti Sarah Raisuddin pada 26 Februari 2011.





Untuk senarai penuh, tengok video di atas 👆

Kalau ada nama artis lain yang tiada dalam senarai ni, korang boleh komen di bawah. Nanti Miss Viral buat part 2. Kalau suka video ini, jangan lupa like dan subscribe Miss Viral TV untuk lebih banyak video menarik akan datang. Terima kasih menonton!

Tiada ulasan: