Ayda Jebat Hamil Anak Pertama, Jumpa Doktor Untuk Pemeriksaan?


Alhamdulillah, melalui satu artikel di Mstar, Ayda Jebat dikhabarkan telah mendapat berita gembira selepas hampir 2 bulan mendirikan rumah tangga.

Berita yang dimaksudkan adalah Ayda Jebat telah hamil dan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. 

Tapi awal-awal Miss Viral cakap, berita baik ini belum disahkan oleh Ayda kerana dia tidak menjawab panggilan dan mesej yang dihantar oleh wartawan Mstar.







Tetapi, menurut artikel Mstar yang bertarikh 24 Februari 2021, Ayda Jebat dikatakan telah ke Pusat Perubatan Prince Court dan menemui pakar sakit puan untuk melakukan pemeriksaan.

Dan ada sumber yang mengesahkan Ayda Jebat sudah hamil tetapi masih belum bersedia untuk berkongsi berita tersebut memandangkan usia kandungan masih baru. 

Menguatkan lagi spekulasi ini apabila Ayda ada memuatnaik status di Twitter pada 6 Februari 2021 yang dia gembira dan bersyukur atas rezeki yang diterimanya.

“Alhamdulillah..syukur atas rezekimu”

Ramai lah peminat yang meninggalkan komen mengucapkan tahniah buat Ayda Jebat.

Sebenarnya Miss Viral pon tak boleh cakap lebih-lebih sebab tuan badan pon takde umumkan apa-apa. Tapi kalau betul, Alhamdulillah dan tahniah Miss Viral ucapkan buat pasangan ini. 

Sekadar info, Ayda Jebat atau nama penuhnya Nur Suhada Jebat dilahirkan pada 17 Mac 1992 berusia 29 tahun pada tahun ini.

Manakala Nabil Mahir dilahirkan pada 28 April 1988 dan memasuki usia 33 tahun pada tahun
Ini. Jarak umur mereka adalah 4 tahun.

Mereka telah sah menjadi suami isteri pada 1 Januari 2021.

Apa pon,Miss Viral doakan Ayda Jebat sentiasa dalam keadaan sihat dan doakan yang terbaik buat pasangan ini. Insya Allah. Apa komen korang?

Tiada ulasan: