Baru Saja Kahwin, Imam Shah Suami Hannah Delisha Terima Mesej Amaran Ramai Wanita






Miss Viral sebenarnya masih lagi terkejut yang pelakon penyanyi cantik berasal dari Singapura Hannah Delisha sudah sah menjadi isteri kepada pelakon Singapura ini pada 18 Februari yang lalu selepas lima tahun bersama. 

Takde pon gosip berita yang Hannah bercinta. Memang bagus dia tak hebohkan kisah percintaan, tau tau dah kahwin.

Difahamkan, suami Hannah Delisha iaitu Imam Shah adalah cinta pertama dan rakan baik Hannah Delisha. 

Bukan Miss Viral je, sebenarnya ramai peminat terutama lelaki yang terkejut malah kecewa dengan berita ini. Ye lah, Hannah Delisha tu memang sangat cantik, lagi la sejak bertudung, memang manis betul orangnya. 

Tapi yang kelakarnya, baru 2 hari kahwin, suami Hannah Delisha, Imam mula menerima mesej yang berbunyi amaran dari peminat Hannah Delisha. 

Menerusia twitter, Iman berkongsikan perasaan terkejut dan takut apabila menerima mesej sedemikian. 

Received so many threats from women, mostly, saying they’re going to kick my butt if I screw this up. You have scarily amazing supporters

Rupanya, Imam menerima mesej amaran dari peminat wanita yang jika dia tidak menjaga Hannah Delisha sebaiknya, mereka akan ambil tindakan ke atas Iman. 

Imam juga menambah yang Hannah Delisha mempunyai peminat yang hebat tetapi menakutkan. 

Betul la tu, ramai ye yang sayang Hannah Delisha. Tapi Miss Viral rasa, Imam memang akan dapat jaga Hannah sebaiknya. 

Menurut Hannah, Imam seorang yang sangat penyabar, penyayang dan kelakar. Dia juga la banyak mendorong Hannah untuk lebih cenderung ke arah keagamaan. 

Pasangan ini berkahwin dalam majlis tertutup pada 18 Februari 2021 yang hanya dihadiri beberapa ahli keluarga dari kedua pihak saja. 

Sekadar info, Hannah Delisha dilahirkan pada 27 Oktober 1996 memasuki usia 25 tahun pada tahun ini.


Miss Viral suka betul tengok pasangan ni. Apa pon Miss Viral doakan kebahagian buat Hannah dan Imam. 

Apa komen korang?

Tiada ulasan: