Takziah Buat Keluarga Nabil Mahir Atas Kehilangan Ini





Baru sebulan lebih mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Ayda Jebat, Nabil Mahir menerima berita sedih apabila kehilangan orang tersayang ketika waktu Maghrib pada 7 Februari 2021. 

Melalui satu entri yang dikongsikan oleh Nabil Mahir menerusi laman Instagram miliknya, Nabil berkongsikan berita sedih yang neneknya, arwah Nyak Chut Azizah telah meninggal dunia ketika waktu maghrib pada 7 Februari 2021.

Nabil juga meminta pengikut di Instagram untuk sama-sama sedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk arwah neneknya. 

“Assalamualaikum, disini saya ingin membuat satu permintaan pada semua sedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk arwah nenek saya, Nyak Chut Azizah yang baru sahaja meninggalkan kami pada Magrib tadi.”

Takziah Miss Viral ucapkan buat keluarga Nabil, harap bersabar dengan berita ini. 

Untuk pengetahuan korang, arwah nenek Nabil sempat menghadiri majlis pernikahan Nabil Mahir dan Ayda Jebat pada 1 Januari yang lalu. Sempat juga arwah tengok cucunya berkahwin dulu. 

Apa pon. Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah untuk nenek Nabil. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Insya Allah, amin. 

Tiada ulasan: