Fazura Luah Rindu Berlakon, Tetapi Sayang Nak Berpisah Dengan Anak, Fatima






Sejujurnya, Miss Viral memang rindu nak tengok lakonan Fazura dalam drama dan filem. Filem terakhir lakonan Fazura yang Miss Viral tengok adalah Dendam Pontionak yang ditayangkan sekitar September 2019.

Dan lepas tu Fazura mula fokus pada muzik,fesyen dan perniagaan sehinggalah dia mengumumkan berita kehamilan anak pertama sekitar April 2020. 

Dia kemudiannya selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 2 Oktober 2020 yang diberi nama Nur Fatima Aisya. 

Melalui satu entri di Instagram Fazura tadi, dia meluahkan yang dia rindu untuk berada di set  pengambaraan kerana dia seorang yang suka bekerja dan menjadi pelakon selalu menjadi minat nombor satu buat dirinya. 

Tetapi sebagai seorang ibu, dia tidak sanggup meninggalkan anaknya beberapa jam sehari kerana sibuk berlakon.

Kalau nak tahu Fatima merupakan anak pertama pasangan Fattah Amin dan Fazura selepas hampir 3 tahun usia perkahwinan. Anak pertama kan, macam mana tak sayang.

Tambah Fazura, dia memerlukan nasihat ibu-ibu yang bekerja tentang cara untuk dia menghadapi situasi ini. 

Ada beberapa rakan artis serta peminat meninggal kan komen memberikan nasihat kepada Fazura. 

Ada juga peminat yang mencadangkan Fazura untuk bertanya kepada pelakon Amyra Rosli dan Fasha Sandha kerana mereka berdua pernah mula bekerja di set pengambaraan selepas beberapa bulan habis pantang. 

Biasa la bila dah jadi mak-mak ni, memang sayang nak berjauhan dengan anak, lagi-lagi anak pertama. Fatima pon dah cepat betul membesar dan sekarang hampir 5 bulan usia.

Miss Viral harap Fazura bersabar menghadapi situasi ini. Apa komen korang?

Tiada ulasan: