Video Insta Story Nabil Mahir Bau Ketiak Ayda Jebat, Buat Netizen Rasa Kurang Senang



Bila tengok Insta Story Ayda Jebat dan Nabil Mahir sejak kahwin ni memang nampak la pasangan baru berkahwin yang sedang bahagia sangat dilamun cinta. 

Sebelum ini Ayda Jebat pernah viral apabila memuatnaik story Nabil memakai baju tidur yang koyak rabak.

Kali ini dia sekali lagi viral di Twitter apabila memuatnaik video aksi manja Nabil Mahir yang dikatakan suka bau ketiaknya. 


Dalam video tersebut, Ayda membuat caption “Ingat isteri je suka bau ketiak suami, yang ni terbalik. Aduh-aduh”

Dan video tersebut memaparkan aksi nabil menekup muka pada ketiak ayda jebat diiringi dengan gelak comel Ayda Jebat.

Ada yang tumpang gembira dan rasa kelakar dengan situasi tersebut tetapi ada juga yang kurang senang kerana menganggap perbuatan tersebut agak privasi sebenarnya serta tidak sesuai untuk pengikut instagram Ayda Jebat yang mungkin dari kalangan pelajar sekolah.


Rata-rata memang terkejut melihat video insta story tersebut. Miss Viral pon segan nak tengok lama-lama tadi. 


Pasangan ini sebenarnya baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 di Masjid Al-Taqwa Taman Tun Dr Ismail yang hanya dihadiri keluarga dan teman rapat.

Mungkin sebelum kahwin tak dapat nak manja-manja macam tu sebab belum halal, jadi terover sikit bila dah kahwin ni. 

Tapi nasihat Miss Viral berpada-pada la kalau nak kongsikan di sosial media. 

Terpulangla pada Ayda Jebat sebab itu hidup dia, siapa la kita nak menegur. Cuma kena tahan sikit la dengan kecaman netizen yang tiada noktah ni. 

Apa pon, Miss Viral harap netizen bersabar dan semoga Ayda Jebat dapat berfikir sebaiknya video apa yang sesuai untuk dikongsikan kepada peminat. 

Sekadar info, Ayda Jebat atau nama penuhnya Nur Suhada Jebat dilahirkan pada 17 Mac 1992 berusia 29 tahun pada tahun ini.

Manakala Nabil Mahir dilahirkan pada 28 April 1988 dan memasuki usia 33 tahun pada tahun ini. Jarak umur mereka adalah 4 tahun.

Jadi apa komen korang?


Tiada ulasan: