Intan Ladyana Berdebar Nikah Harris Alif Jumaat Ini




via IFTTT




Sebelum ini pada 5 Januari 2021, Intan Ladyana dan Harris Alif membuat sidang media mengumumkan yang mereka akan bernikah pada 6 Februari 2021. 


Tapi sebelum ni jangan lupa subcribe Youtube Channel Miss Viral TV untuk lebih banyak video menarik pada masa akan datang.

  

Melalui satu temubual bersama Harian Metro, Intan Ladyana memberitahu yang persiapan perkahwinan kebanyakannya sudah siap dan berharap tiada perubahan saat akhir.


Tambah Intan, dia mengakui berdebar untuk disatukan sebagai suami isteri bersama kekasihnya Harris Alif selepas hampir setahun menjalinkan hubungan cinta.


Majlis pernikahan mereka bakal berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.


Pada 27 Mei 2020, Harris Alif membuat pengakuan yang dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon, Intan Ladyana.


Selepas sebulan menyambut hari lahir Intan pada 2 Jun 2020, keluarga Harris menghantar rombongan merisik ke rumah Intan sekitar Julai 2020.


Menurut Harris, dia sudah lama mengenali Intan sejak 10 tahun yang lalu. Mereka kemudianya berjumpa semula dan mula rapat awal tahun 2020.


Nor Harris Alif bin Nor Rashidi dilahirkan pada 2 September 1999 dan tahun ini memasuki usia 22 tahun. Manakala Intan Ladyana dilahirkan pada 2 Jun 1982. Tahun ini dia memasuki usia 39 tahun.


Jarak umur mereka adalah 17 tahun. Bagi Intan, walaupon Harris lebih muda, dia seorang yang matang berdasarkan cara berkomunikasi. 


Sekadar info, Intan sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Kamal Adli selama 6 tahun.


Apa pon, Miss Viral doakan semoga semuanya dipermudahkan. Tak sabar nak tunggu majlis pernikahan diorang 6 Februari nanti. 


Apa komen korang?


Tiada ulasan: