Intan Ladyana Sah Isteri Harris Alif - Tahniah!






Alhamdulillah, dengan sekali lafaz pelakon cantik Intan Ladyana sah bergelar isteri kepada penyanyi dan pengacara Harris Alif. 

Pasangan ini dinikahkan di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur kira-kira pukul 10 pagi oleh Penolong Pengarah Jawi, Ustaz Muhammad Azlan Marukum. 

Mereka sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 6 Februari seperti yang diumumkan sebelum ini tetapi terpaksa diawalkan sehari kerana SOP.

Harris menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian.

Intan Ladyana kelihatan cantik memakai busana pengantin dari Hatta Dolmat. Tahniah diucapkan buat pasangan ini! 

Tiada ulasan: